tag:blogger.com,1999:blog-89389059692372694942024-03-14T15:39:17.202+08:00rebiufilemoleh Syazwan ZakariahAjami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.comBlogger141125tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-13468157935139578292014-01-30T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:57:53.611+08:00LAGA (2014)

Kecundang dalam pertarungan

Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)

LAKON layar dan suntingan filem ini dikatakan agak bercelaru.

Saya mahu menyukai Laga. Membaca sinopsis dan melihat senarai barisan
pelakonnya di poster, saya berharap filem arahan Ismail Yaacob (Lenjan,
1998) ini sekurang-kurangnya memberikan sesuatu yang berlainan dari
lambakan filem Melayu yang lebih kurang sama saja temanya, inti pati dan
jalan cerita.

Laga mengisahkan senario di sebuah kampung yang menggilai permainan
sabung ayam. Hassan (Wan Hanafi Su) merupakan jaguh laga yang tidak
pernah kalah, tetapi seluruh hidupnya didedikasikan dengan berjudi
sebagai mata pencarian. Dia menikahi seorang wanita muda bernama Ayu
(Marsha Milan).

Hassan mempunyai sistem sokongan yang kuat iaitu rakan-rakannya yang
juga suka bersabung ayam seperti Seman (Eman Manan) dan Sabri (Syazwan
Zulkifli). Kekuatan mereka dicemburui musuh tradisi, orang kaya Dasuki
(Nasir Bilan Khan) dan konco-konconya yang sering membuat kacau dalam
kampung.

Saya dapat mengikuti apa yang Ismail ingin ceritakan pada 15 minit
pertama. Bagaimanapun selepas itu, konsentrasi saya terganggu kerana
beberapa faktor.

Sabri jatuh cinta dengan seorang gadis dari Jakarta bernama Maya
(Tyas Mirasih) yang datang melawat neneknya di kampung itu. Dalam masa
yang sama, Dasuki yang cemburui Hassan mendesak lelaki itu
mempertaruhkan Ayu sebagai hadiah kemenangan dalam satu perlawanan
sabung ayam.

Saya tidak mempunyai masalah jika Ismail mahu mewujudkan seberapa
banyak konflik pun. Asal saja penceritaannya tersusun dan motif untuk
setiap satu peristiwa atau babak itu mempunyai signifikan dan
penjelasan. Sayangnya, saya menjadi celaru seperti mana celarunya lakon
layar dan suntingan filem ini.

Secara dasarnya, saya memahami keseluruhan plot Laga kerana ia
bukanlah tentang sains roket. Namun, itu bukan alasan untuk Ismail,
selaku pengarah dan penulis skrip mengambil mudah kefahaman penonton.

Saya menyanjungi ideanya untuk membawakan kisah dan permainan
tradisi ini ke layar perak. Ia sesuatu yang amat menarik, apatah lagi
apabila Ismail mengaitkan metafora itu dengan sifat manusiawi yang gemar
melaga-lagakan orang lain demi kepentingan sendiri.

Bagaimanapun, babak-babak sabung ayam itu tidak memberi sebarang
makna kerana saya tidak memahami peraturan atau mekanismenya. Saya hanya
perlu menerima ayam mana yang menang dan kalah berdasarkan dialog
pelakon. Saya tidak dapat menyertai keterujaan ketika babak sabung ayam
berlangsung.

Saya percaya dengan kepakaran kesan khas yang kita ada, babak itu
boleh jadi lebih menarik. Lebih dari itu, babak tersebut sebenarnya
adalah babak yang amat penting yang dianggap seperti perlawanan
âantara hidup dan matiâ.

Sayangnya, saya merasakan ia sama seperti babak-babak lain yang
tidak mencengkam perasaan penonton atau sekurang-kurangnya memberi
kesan.

Lebih aneh, selepas perlawanan berakhir, Dasuki dan konco-konconya
yang kalah terus hilang dari cerita ini. Kelibat mereka langsung tidak
muncul sehingga penamat sedangkan filem baru setengah berputar.
Barangkali mereka benar-benar insaf dan tidak mahu bersabung ayam lagi.

Justeru, Ismail mendedikasikan separuh lagi filem ini untuk
mengangkat kisah cinta terhalang antara Sabri dan Maya. Juga niat buruk
Hassan yang menyebabkan perbalahan di antara Sabri dan Seman.

Kasihan kepada Ayu, karakternya tidak lebih sekadar objek seks.
Marsha diminta untuk berkemban dalam beberapa babak; sama ada di sungai,
di bilik air mahupun di atas katil tanpa pengisian sebenar.

Masih beginikah mentaliti pembikin filem kita yang menjadikan wanita sekadar satu perhiasan?

Saya kurang mengerti mengapa Hassan tiba-tiba bersikap dingin dan
mengesyaki isterinya menaruh hati kepada Sabri. Seingat saya, tiada
dialog atau babak yang menunjukkan Ayu bermain kayu tiga atau Sabri cuba
memikat Ayu. Mengapa Hassan secara drastik berasa cemburu dan ingin
menghapuskan Sabri?

Kisah asmara Sabri dan Maya tidak mendalam. Saya tidak merasai
sebarang ikatan perasaan, malah tidak mempercayai mereka dilamun cinta.
Bukan kerana saya tidak yakin dengan cinta di antara dua darjat, tetapi
penulisan lakon layarnya untuk dua karakter ini terasa seakan
dipaksa-paksa dan dibuat-buat.

Sebagai pelakon dengan kredibiliti hebat, saya yakin Wan Hanafi Su,
Eman Manan, Nasir Bilan Khan, malah Rosyam Nor sudah melakukan apa yang
biasa dilakukan iaitu memainkan watak sebaik mungkin. Namun, kekuatan
yang mereka ada itu tidak dapat menyelamatkan Laga untuk menjadi filem
yang baik.

Saya mahu menyukai Laga. Namun dengan beberapa kelemahan yang
dinyatakan tadi; termasuk babak komedi yang tidak kena masa serta skor
muziknya yang janggal, saya mohon maaf kepada Ismail. Laga kecundang
dalam pertarungannya sendiri.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-50326744847425541692014-01-23T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:50:48.462+08:00HER (2013)

Mencintai Her

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

BABAK antara Theodore dengan Catherine yang mudah berkomunikasi.

Berlatarkan masa depan yang tidak begitu jauh dari sekarang, Joaquin
Phoenix membawakan watak seorang penulis yang bekerja di syarikat yang
menawarkan khidmat menulis surat. Dia sedang dalam proses perceraian
dengan isterinya, Catherine (lakonan Rooney Mara) kerana jalan hidup
yang sudah tidak sehaluan.

Apabila Theodore membeli satu sistem operasi terbaharu untuk
komputernya yang bernama Samantha (disuarakan Scarlett Johansson), dia
menemui ketenangan dan jalinan persahabatan yang intim. Sama seperti
manusia, Samantha juga mempunyai gerak hati dan emosi. Cuma dia tidak
wujud secara fizikal.

Dalam dunia hari ini di mana manusia mampu bercakap dengan sistem
operasi (misalnya Siri dari iOS Apple), pengarah dan penulis Spike Jonze
menjentik pemikiran penonton dengan persoalan yang sangat relevan.
Teknologi kian mengambil alih peranan manusia dalam segala hal, termasuk
soal perhubungan.

Jonze adalah pengarah yang gemar menghasilkan naskhah-naskhah
eksentrik, antaranya Being John Malkovich (1999) dan Where the Wild
Things Are (2009). Her ialah sebuah filem romantik dan bukan sains
fiksyen. Namun Jonez melihat cinta dari perspektif yang tidak
konvensional, malah tidak mustahil berlaku.

Jonze memberikan perincian yang halus terhadap watak Theodore,
seseorang yang berdepan dengan kehilangan. Kesunyian mendorong dia untuk
jatuh cinta dengan insan tanpa jisim. Seperti penonton, Theodore juga
tidak dapat melihat Samantha tetapi mampu mendengarnya dan merasai
kehadirannya.

Saya teringatkan filem Lars and the Real Girl (2007) lakonan Ryan
Gosling. Dia jatuh cinta dengan patung bernama Bianca yang dibawanya ke
mana-mana dan meminta agar masyarakat menerima kelakuannya itu. Lars dan
Theodore adalah watak-watak lelaki yang dihimpit kesepian, cuma
Theodore tidak seaneh Lars.

Biarpun Theodore tidak dapat menyentuh Samantha, dia tetap meneruskan
perhubungan mereka. Bukan lagi sesuatu yang pelik apabila manusia lebih
akrab dengan sistem komputer berbanding sesama manusia. Malah, Theodore
tidak malu dengan rakan-rakannya untuk mengakui mempunyai teman
wanita.

Samantha pula, sebagai sebuah sistem operasi pintar, tangkas
mempelajari emosi manusia menerusi data-data yang dikumpul serta nada
suara dan gerak tubuh yang boleh dilihatnya menerusi kamera. Proses
komunikasi ini menjadikan penonton percaya dengan sebuah perhubungan
cinta yang istimewa.

Begitupun, seperti mana-mana perhubungan, masalah pasti akan timbul.
Dalam konteks ini, Theodore lambat untuk menyedari Samantha bukan
miliknya secara eksklusif. Perbualan dan tindakan intim yang mereka
lakukan, turut dilakukan oleh beribu-ribu pemilik sistem operasi yang
sama.

Theodore terperangkap di antara perasaannya yang tulen dengan sebuah
percintaan ilusi. Persoalan yang dibawakan Jonze ini sebenarnya bukan
satu jenaka, malah ironi kebenaran pada dunia masa kini dan akan datang.

Misalnya, tempat kerja Theodore memberikan khidmat menulis surat
kepada pelanggan, sama ada surat cinta, ucapan tahniah, mahupun surat
perpisahan. Di manakah letaknya nilai peribadi surat-surat itu jika
dikarang oleh orang lain?.

Jonez seakan mahu mengingatkan kita bahawa teknologi mampu membenarkan manusia untuk hilang naluri dan kemampuan berkomunikasi.

Seperti masalah Theodore dan Catherine. Theodore digambarkan masih
menyayangi isterinya itu, tetapi terdapat satu dialog yang menggambarkan
Theodore enggan mengambil cabaran untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebaliknya, Theodore selesa berpaling kepada Samantha yang lebih
menerima, empati dan cuba membantunya kerana Samantha bersifat
'sempurna'. Kerana Samantha bukan manusia, dia sentiasa pantas dan cekap
dalam membetulkan kesilapannya sehinggalah dia mampu berevolusi dan
meninggalkan Theodore.

Penamat filem ini sangat menyedihkan, tetapi sebenarnya membawa
pesanan positif yang amat kuat. Theodore lebih memahami perasaannya
terhadap Catherine melalui surat yang ditulis. Dia juga masih mempunyai
sahabat, Amy (Amy Adams) yang juga jirannya yang tidak pernah menghakimi
siapa dirinya.

Phoenix berjaya mencapai satu tahap persembahan yang mengagumkan,
berbicara seolah Samantha berada benar-benar di depan mata. Begitu juga
dengan Johansson yang cemerlang hanya melalui nada suara dan lakonan
Adams yang tidak perlu terlalu mencuba tetapi cukup berhasil.

Sudah tentu kekuatan lakonan tercipta dari lakon layar dan
penceritaan yang efisien. Jonze tahu untuk menulis babak-babak serta
dialog yang ringkas tetapi tajam, membuatkan hati penonton bercampur
baur dengan kesedihan, kegembiraan, rasa bersalah dan keliru sepanjang
dua jam.

Her bukan saja hebat dari aspek lakonan dan penulisan, tetapi sudut
teknikalnya. Rekaan produksi seperti kostum, lokasi dan set dilihat
minimal tetapi berfungsi serta mempunyai ciri-ciri futuristik yang tidak
keterlaluan. Ia tidak membuatkan penonton terpinggir meskipun mengambil
latar masa depan.

Penggunaan palet warna yang lembut seperti dalam mimpi, dikontraskan
dengan warna-warna baju yang garang menjadikan hasil kerja jurukamera
Hoyte Van Hoytema lebih menarik dan menangkap mata. Skor muzik dari
Arcade Fire turut membantu penonton untuk menyelusuri turun naik emosi.

Saya mencintai segalanya tentang Her dan kini termasuk dalam senarai filem kegemaran.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-89224959648202481762014-01-16T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:54:14.744+08:00WADJDA (2013)

Wajah kecil jiwa besar

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

Wadjda ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang
menetap bersama ibunya di Riyadh. Berada dalam kelompok konservatif di
mana wanita wajib bertudung dan menutup wajah ketika di khalayak ramai,
dia memiliki sifat gadis tempatan yang sedikit berlawanan dan
memberontak.

Apabila Abdullah sering membulinya ketika menunggang basikal, Wadjda
berazam untuk memiliki basikal dan berlumba dengannya. Biarpun ibunya
serta masyarakat menegah kanak-kanak perempuan menunggang basikal
(kerana percaya akan kehilangan dara), Wadjda nekad mengumpul wang
sendiri.

Dia menjual kaset lagu-lagu campuran yang dirakam dari radio serta
membuat gelang tangan dari benang. Wadjda juga sanggup mengambil upah
menjadi orang tengah untuk menyampaikan surat dari pelajar perempuan
kepada teman lelaki mereka di luar kawasan sekolah.

Kerana wang yang dikumpul masih belum cukup untuk membeli sebuah
basikal idaman berwarna hijau, dia nekad menyertai pertandingan
menghafal ayat-ayat Al-Quran. Dalam masa yang sama, ibu Wadjda terpaksa
berdepan realiti bahawa suaminya bakal berkahwin lain untuk mendapatkan
zuriat lelaki.

Wadjda bukan sekadar cerita tentang kanak-kanak yang mahukan basikal,
tetapi satu metafora mengenai kebebasan. Dalam budaya masyarakat yang
melarang wanita memandu atau berbual dengan lelaki, pengarah Haifaa
Al-Mansour menemui dan menyampaikan ‘suaranya’ melalui sinema.

Wadjda ialah filem cereka pertama arahan sutradara wanita di Arab
Saudi. Kejayaan menghasilkan filem ini (dengan sokongan dana dari
syarikat produksi Jerman) adalah satu pencapaian luar biasa kerana Arab
Saudi tidak mempunyai pawagam (hanya televisyen dan DVD), apatah lagi
industri perfileman.

Dalam keterbatasan itu, Haifaa yang juga menulis lakon layar, berjaya
menyampaikan mesejnya dalam nada yang lembut tanpa mengkritik atau
bersifat prejudis terhadap budayanya sendiri. Wadjda adalah suara
‘protes kecil’ Haifaa terhadap kekangan yang diterima golongan hawa di
negaranya.

Pengarah ini mahu mengajak penonton untuk sama-sama menilai atau
berbicara mengenai peranan wanita dalam masyarakat Arab moden. Dia bijak
mengimbangi perkara atau elemen untuk kita mengkaji dan memahami tanpa
terus menghentam atau menolak sistem di negara itu.

Haifaa memberikan beberapa ilustrasi tanpa berkeras atau berdakwah.
Misalnya pelajar di sekolah Wadjda lengkap berhijab, sedangkan
guru-gurunya termasuk pengetua digambarkan tidak bertudung dan memakai
skirt. Ibu Wadjda pula terpaksa ponteng kerja kerana masalah pemandu dan
tiada kenderaan.

Babak-babak ini ditampilkan secara halus, tetapi jelas. Haifaa tidak
cuba ‘memperbesar-besarkan’ sesuatu isu meskipun dia mahu menjentik
pemikiran penonton. Sebagai contoh, apabila Wadjda menghafal surah untuk
pertandingan, surah itu berkenaan bagaimana lelaki harus melayan kaum
wanita dengan adil.

Ia adalah refleksi kegusaran jiwa ibunya yang bimbang ditinggalkan dan dilupakan apabila bapa Wadjda berkahwin lain.

Terdapat babak ibunya membeli gaun merah untuk dipakai pada majlis
perkahwinan (yang mana kecantikannya hanya boleh dilihat suami); juga
babak seimbas lalu di mana ibunya menyikat rambut bercantik-cantik di
depan cermin, sedangkan suaminya tidak pulang ke rumah untuk menghargai
semua itu.

Rumah Wadjda dilengkapi dengan segala gajet dan peralatan moden,
malah gadis itu belajar Al-Quran menerusi perisian komputer yang
canggih. Namun, dalam masa yang sama, mereka harus menjaga aurat suara
agar tidak didengari kaum lelaki, malah pergaulan bukan muhrim di tempat
kerja harus diawasi.

Seperti mana Wadjda yang sedang membesar dan keliru dengan
norma-norma masyarakatnya, barangkali begitu jugalah isi hati Haifaa
yang menginginkan sedikit ruang perdebatan di medan nasional tentang
peranan wanita hari ini.

Filem ini ditulis dan diarahkan dengan begitu baik. Terdapat beberapa
kelemahan kecil seperti babak yang tidak ‘solid’, tetapi ia bukan
masalah besar. Haifaa mengarahkan beberapa adegan dari dalam van dan
berkomunikasi hanya melalui walkie-talkie kerana tidak boleh bergaul
dengan krew lelaki.

Kesemua pelakon memberikan persembahan yang dipercayai, terutamanya
Waad Mohammed sebagai Wadjda. Pertama kali berlakon, dia memahami
wataknya bukan saja menerusi dialog yang dituturkan, tetapi menerusi
tingkah laku dan bahasa tubuh yang tepat. Penonton peduli dengan
perasaan Wadjda.

Kita barangkali agak akrab dengan budaya masyarakat Arab kerana
Malaysia juga negara Islam. Namun di luar negara, tema yang dibawakan
Wadjda, walaupun universal (tentang harapan seorang kanak-kanak), tetap
berlegar kepada isu hak asasi manusia yang provokatif, mendalam dan
kompleks.

Ia mendapat perhatian beberapa festival antarabangsa, antaranya Filem
Terbaik Festival Filem Venice 2012 dan Pengarah Harapan Festival Filem
Antarabangsa Palm Springs 2013. Turut dicalonkan untuk kategori Filem
Bahasa Asing Terbaik Bafta 2013, Wadjda sedang ditayangkan secara
eksklusif di saluran Astro Best.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-26484117580097025442014-01-02T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:41:07.451+08:00THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY (2013)

The Secret Life of Walter Mitty

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

SAYA tidak pernah menyedari Ben Stiller mempunyai sepasang mata
berwarna biru yang sangat cantik sehinggalah saya menyaksikan babak
pembukaan filem The Secret Life of Walter Mitty. Dan saya juga menyedari
bahawa Stiller sebenarnya berkemampuan untuk mengarahkan filem yang
baik jika dia mahu.

Diinspirasikan dari cerpen tulisan James Thurber pada tahun 1939,
filem ini mengisahkan Walter Mitty yang bekerja di jabatan negatif filem
untuk majalah Life. Walter bertanggungjawab untuk memproses
gambar-gambar yang hebat dari serata dunia, namun dia sendiri tidak
pernah merantau ke mana-mana.

Baharu menyambut ulang tahun yang ke-42, dia merasakan satu
keinginan yang kuat untuk keluar dari kepompong selesa. Desakan itu
timbul dari hasratnya untuk memikat rakan sekerja, Cheryl Melhoff. Lebih
dari itu, dia berada di ambang kehilangan kerja apabila syarikatnya
beralih kepada pentadbiran baru.

Pengembaraannya bermula apabila dia nekad untuk mencari sekeping
negatif yang hilang yang dikirimkan oleh jurugambar terkenal, Sean
OâConnell. Negatif itu amat penting kerana ia bakal dijadikan kulit
majalah untuk edisi terakhir versi cetakan sebelum Life diterbitkan
sepenuhnya dalam versi digital.

Menjejaki Sean yang hidup berkelana, Walter akhirnya merasai
pengalaman yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Menaiki helikopter
di Greenland, berenang bersama jerung, melihat gunung berapi meletus di
depan mata dan memanjat Gunung Himalaya, Walter menemui perspektif
baharu dalam hidupnya.

Walter bukanlah satu karakter yang kompleks. Dia sama seperti kita
semua yang menyimpan begitu banyak impian tetapi ada masanya terlalu
takut untuk melakukan sesuatu yang dirasakan di luar kemampuan. Ini yang
menjadikan watak itu dekat dengan penonton dan kita selesa untuk
mendampinginya.

Sinonim dengan komedi slapstik atau watak lelaki yang sering
diperlekehkan, Stiller memberikan Walter satu nafas baharu. Sepasang
mata birunya yang cantik itu melengkapi âkesayuanâ karakter ini,
dalam masa yang sama mempamerkan kekuatannya untuk terus berjuang.

Selain berlakon dan mengarah, Stiller turut bertindak sebagai
penulis lakon layar bersama Steve Conrad (The Pursuit of Happyness,
2006). Tidak dinafikan filem ini mempunyai sedikit kelemahan dari aspek
nada naratifnya, terutamanya pada bahagian ketiga filem yang dirasakan
kurang seimbang.

Bermula dengan sedikit humor ala Ally McBeal (semasa adegan-adegan
Walter berangan-angan) pada dua bahagian pertama, bahagian ketiga
dirasakan sedikit janggal. Stiller dan Conrad seakan mencuba untuk
kelihatan serius kerana apa yang dipaparkan bukan lagi fantasi,
sebaliknya kehidupan sebenar Walter.

Namun itu bukanlah masalah besar. Filem ini diselamatkan dengan
sinematografi yang menawan. Peralihan dari kota metropolitan New York
(yang diberikan sedikit nafas retro) kepada kehidupan lasak Walter dalam
pelbagai landskap dunia juga dilakukan dengan begitu baik.

Meskipun beberapa dialognya dirasakan klise, kekurangan itu segera
dimaafkan menerusi visual yang bersesuaian dengan skor muzik dan
lagu-lagu latar. Penyatuan elemen-elemen ini dalam pola yang tersusun
menghasilkan sebuah pengalaman menonton yang harmoni dan menyenangkan.

Sebagai bintang utama, The Secret Life of Walter Mitty adalah kerja
Stiller yang terbaik setakat ini. Pada usia sebenarnya yang mencecah 48
tahun, persembahannya dalam filem ini amat bertenaga, ibarat seorang
kanak-kanak berusia belasan tahun yang pertama kali mengunjungi taman
tema.

Kristen Wiig sebagai Cheryl melakukan apa yang sepatutnya, begitu
juga dengan Adam Scott sebagai ketua baharu di pejabat iaitu watak
antagonis yang tidak cuba untuk membayangi karakter Walter.

Sementara itu, penampilan Shirley MacLaine sebagai ibu, Sean Penn
sebagai jurugambar Sean dan Patton Oswalt sebagai ârakan telefonâ
dari laman sosial merupakan âramuanâ tambahan yang menjadikan filem
ini bertambah âsedapâ.

The Secret Life of Walter Mitty merupakan filem yang tepat untuk
mengakhiri tahun, sekali gus membuka tahun baharu. Ia memberikan
inspirasi untuk kita semua berdepan dengan pelbagai kemungkinan dengan
semangat yang positif.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-40712553708202932252013-12-26T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:30:43.960+08:00THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG (2013)

'Permainan video' dari Peter Jackson

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

ANTARA babak yang terdapat dalam filem arahan Peter Jacskon.

Saya bukanlah peminat setia J.R.R Tolkien yang pernah membaca siri
The Lord of the Rings mahupun The Hobbit. Justeru, saya tidak pasti jika
Peter Jackson berlaku jujur dengan naskhah asalnya. Namun, saya tahu
bila sesebuah filem itu tidak bagus dan ini yang berlaku kepada The
Hobbit: The Desolation of Smaug.

Saya seperti merasakan Jackson berkuasa penuh terhadap pembikinan
trilogi The Hobbit (yang asalnya hanya dua bahagian, tetapi dipanjangkan
dipercayai atas faktor keuntungan). Ini bererti penerbit mahupun
penulis âtundukâ dengan keinginan Jackson serta tidak mahu atau
tidak berani mencabar keputusannya.

The Desolation of Smaug meneruskan kembara insan-insan kenit bersama
Bilbo Baggins (Martin Freeman) dan Gandalf the Grey (Ian McKellen) bagi
merebut semula tanah warisan Erebor yang dimiliki naga Smaug. Rentetan
terdahulu, Bilbo menyimpan sebentuk cincin misteri yang mempunyai kuasa
ajaib.

Jackson âmencampakkanâ apa saja visinya ke layar perak tanpa
mengira babak itu penting atau tidak untuk jalan cerita. Apa saja
impiannya â set yang lebih mewah, solekan prostetik yang lebih tebal,
karakter-karakter âkomedi badutâ dengan lebih masa tayangan â
semuanya diwujudkan.

Pernah menang Pengarah Terbaik Oscar menerusi filem terakhir The
Lord of The Rings: The Return of the King (2003), Jackson seharusnya
lebih arif dengan cara pembikinan filem yang hebat dan disegani. Biarpun
ia sebuah filem aksi fantasi, ia mesti dibina dengan karakter dan jalan
cerita yang kukuh.

Benar, The Hobbit asalnya hanyalah sebuah buku cerita kanak-kanak
yang nipis yang kini dipanjangkan kepada tiga episod filem dengan setiap
satu berdurasi paling kurang dua jam. Begitu pun, ia bukan alasan untuk
Jackson dan pasukan penulis menafikan pengisian cerita dan konteks
emosi karakter-karakter utama.

Apa yang terjadi dalam sekuel kedua The Hobbit ini ialah keriuhan
dan ekstravaganza visual dan bunyi semata-mata tanpa penonton
(sekurang-kurangnya bagi saya) untuk benar-benar mempedulikan apa yang
terjadi kepada watak-watak di dalamnya.

Barangkali misi Jackson untuk naskhah kali ini agak berlainan
apabila dia mahu memberikan hiburan kosong seperti mana dia membikin
semula King Kong (2005). Lawak slapstik dengan babak-babak aksi
berlangsung hampir sepanjang filem. Dialognya mudah dilupakan dan klise,
diiringi muzik latar yang dramatik.

Saya menantikan babak-babak untuk saya terdiam, berkongsi dan
menyelami perasaan dengan mana-mana karakter seperti yang dirasai dalam
trilogi The Lord of the Rings, tetapi sayangnya tidak berlaku. Saya
hanya menonton naratif sebuah permainan video dan bukan cereka dongeng
seperti yang dibayangkan.

Ibarat sebuah kek, Jackson lebih menumpukan kepada dekorasinya
berbanding isi dan rasa. Fokus kepada visual dan audio menenggelamkan
keseluruhan cerita dan pembangunan karakter Gandalf, Bilbo dan Thorin
selaku teraju utama, apatah lagi sekumpulan Hobbit dan Elves yang
dilayan sekadar pak pacak.

Saya tidak menafikan terhibur dengan kemunculan naga Smaug yang
visualnya dihasilkan dengan teliti, apatah lagi menggunakan suara
Benedict Cumberbatch. Aktor ini mempunyai nada dan gema suara antagonis
yang sangat cocok dengan ciri-ciri Smaug menjadikan ia seronok untuk
disaksikan.

Demi untuk âmengekalkanâ keseronokan itu, penonton harus
melupakan tenaga dan kuasa besar yang dimiliki Smaug untuk menghapuskan
Bilbo dan rakan-rakannya dalam sekelip mata. Dalam kes ini, mereka
bermain kejar-kejar untuk jangka masa yang lama sehinggalah penamat
cerita yang dibiarkan tergantung.

Kehadiran watak baru, Tauriel (lakonan Evangeline Lilly) sebagai
teman wanita Legolas (Orlando Bloom) dan kemudian mencetuskan konflik
cinta tiga segi membabitkan Kili (Aidan Turner) hanyalah untuk membeli
masa. Sekurang-kurangnya Jackson cuba untuk merencah fantasi ini dengan
elemen romantik.

Mungkin peminat tegar Tolkien tidak sabar untuk menyaksikan filem
terakhirnya, The Hobbit: There and Back Again yang dijadualkan tayangan
Disember 2014. Bukan kerana teruja, tetapi kerana mahu
âpenyelewenganâ naskhah asalnya segera dihentikan dan reputasi
Jackson tidak terus rosak.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-53361432278795341162013-12-12T00:00:00.000+08:002014-01-31T12:24:04.293+08:00KOLUMPO (2013)

Mengotakan impian dan harapan

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

Kolumpo memaparkan tiga kisah âterpencilâ yang berlaku di Kuala
Lumpur yang dihasilkan tiga pengarah muda iaitu Bront Palarae, Rozi Isma
dan Sheikh Munasar. Ia merupakan sebuah cereka antologi atau omnibus
dengan tema serupa di mana setiap satunya kira-kira 30 minit.

Konsep cerita dengan struktur bergilir seperti ini pernah
ditampilkan dalam filem Maut (2009) arahan Bade Hj. Azmi dan Sini Ada
Hantu (2011) arahan James Lee. Setiap satunya tidak berkaitan secara
langsung.

Ini sedikit berbeza dengan Cinta (2006) atau Sepi (2008) arahan
Kabir Bhatia. Walaupun terdapat tiga ke lima kisah yang berbeza,
penceritaannya disusun berselang-seli. Karakter-karakternya juga mungkin
âbertembungâ dalam set yang sama, tetapi mereka tidak saling
mengenali.

Kolumpo mengambil slanga atau ânama manjaâ ibu negara Malaysia
sebagai judul. Ia seolah menjadi penanda bahawa filem ini adalah sebuah
naskhah yang mesra penonton massa, santai, mudah didekati dan difahami.
Setiap satunya diceritakan secara linear dengan sedikit babak imbas
kembali.

Segmen pertama arahan Bront mendekati kisah Rahul (lakonan yang baik
dari Azad Jasmin), seorang imigran dari India yang baru tiba di ibu
negara selepas menerima tawaran pekerjaan.

Malangnya, dia tertipu lalu terjebak menjadi pekerja di sebuah
restoran dengan gaji yang rendah dan menetap berhimpit-himpit dalam
sebuah rumah usang.

Bront membawa masuk konflik imigran India dalam komuniti India
tempatan sebagai unsur drama, di mana berlakunya dominasi kuasa dan
penindasan.

Selain menyelitkan elemen Bollywood menerusi babak menari di atas
bumbung, dia juga tidak lupa menghasilkan humor ala filem Tamil.

Ini dapat dilihat pada watak antagonis lelaki kerdil serta babak
kemunculan kelibat Komang (watak tipikal untuk Sofi Jikan) yang diiringi
kesan bunyi dan cahaya lampu merah.

Segmen ini amat teliti dari aspek kerja kameranya, penataan seni dan
cahaya serta pemilihan lokasi dan latar landskap. Kumpulan pereka
produksi barangkali memberi lebih tumpuan terhadap setiap objek atau
suasana yang dirakam kerana segmen pertama ini sedikit kompleks
berbanding kedua dan ketiga.

Saya tidak pasti jika kontradiksi yang tercetus di sini boleh
dianggap menarik atau sebaliknya. Rahul dan rakan-rakan senasib
âtinggal dalam duniaâ yang gelap, kotor, sempit dan menyesakkan.
Namun, visual yang terhasil begitu cantik dalam keadaan rapi dan
tersusun.

Saya seperti merasakan Bront terlalu inginkan kesempurnaan sehingga segmen ini menjadi terlalu âberjaga-jagaâ.

Sementara itu, segmen kedua arahan Rozi yang menjadi kegemaran saya,
mengisahkan gadis andartu, Gienna (lakonan cemerlang Nell Ng) yang
terpaksa menghantar seorang wanita nyanyuk bernama Nek Wok (Ruminah
Sidek) pulang ke rumah selepas sesat berjalan-jalan di tengah bandar.

Berkonsepkan road-movie, pencarian Gienna untuk membantu Nek Wok,
secara bawah sedarnya, menemukan dia dengan satu kenyataan hidup bahawa
dia sering mengabaikan ibunya sendiri.

Segmen kedua ini sebenarnya membawakan sebuah cerita ringkas yang
boleh dijangka kesudahannya. Bagaimanapun, kepandaian penulisan Rozi
dalam mengadunkan unsur jenaka dan sentimental, membuatkan ia istimewa.

Penonton tahu Ruminah sememangnya pelakon yang hebat. Persembahannya
membuatkan emosi dan mood saya berubah-ubah di antara jengkel dan
simpati.

Namun, adegan yang paling menyentuh perasaan saya ialah ketika
kamera menangkap riak wajah Gienna dengan air mata bergenang ketika Nek
Wok bertanyakan semula soalan serupa sebelum mereka berpisah.

Biarpun plotnya mudah, di sebaliknya Rozi seakan mahu menimbulkan
beberapa persoalan sosial seperti isu pemilikan tanah serta kesibukan
warga kota yang semakin individualistik. Ia bukan saja dipaparkan
melalui watak Gienna tetapi watak sokongan seperti gadis penjual kuih
dan anak Nek Wok sendiri.

Jika segmen kedua berlaku dalam satu petang saja, segmen ketiga
arahan Sheikh pula berlaku dalam satu malam. Seorang lelaki pemalu
bernama Hafidd (lakonan pertama Amirul Ariff yang boleh dibanggakan)
bertemu dengan gadis yang tidak dikenali bernama Siti Nur Hayy (Sharifah
Amani).

Mereka berjalan kaki dari taman KLCC sehingga ke stesen monorel di
Bukit Bintang sambil berkongsi cerita tentang segalanya. Penonton akan
tertanya jika watak Siti itu benar wujud atau sekadar khayalan, tetapi
Sheikh memberikan senyuman kerana ia berakhir dengan penamat yang
menggembirakan.

Terdapat sedikit masalah audio dan suntingan yang agak melompat
untuk segmen ketiga ini. Biarpun dilihat sebagai segmen yang paling
âsenangâ berbanding dua terawal, kesimpulannya yang mengotakan
harapan dan impian positif adalah penutup yang baik untuk Kolumpo.

Ketiga-tiga pengarah ini bertuah kerana mendapatkan khidmat
jurugambar Charin Pengpanich dari Thailand (pernah bekerja untuk
Bunohan, 2012) yang memberikan wajah dan tangkapan kamera yang
konsisten, meskipun berlainan mood dan set cerita. Suatu permulaan yang
baik untuk Bront, Rozi dan Sheikh.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-16106533563756142152013-12-05T00:00:00.000+08:002013-12-09T21:55:06.117+08:00USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG (2013)Oleh Syazwan Zakariah

syazwan_zakariah@astro.com.my

Ustaz, kamulah 'bintang utama'

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang meneruskan kerancakan pembikinan filem
berunsur Islam dalam budaya pop. Kemeriahan ini barangkali tercetus dari
keghairahan negara jiran dalam menghasilkan naskhah-naskhah berbentuk
sedemikian dan mendapat sambutan baik. Contoh paling lazim ialah
Ayat-Ayat Cinta (2008).

Di Malaysia, dengan kelebihan modal dan kemudahan yang ada, David
Teo dari MIG mengambil peluang memperbanyakkan filem bertema sama.

Walaupun cubaan pertamanya, Syukur 21 (2000) tidak membuahkan hasil,
dia kemudian âmenemui rentakâ yang sesuai menerusi Syurga Cinta
(2009), 7 Petala Cinta (2012) dan Dua Kalimah (2013), sekadar menyebut
beberapa judul.

Sebenarnya sejak era studio Jalan Ampas lagi, banyak filem Melayu
yang menerapkan unsur Islam, antaranya Semerah Padi (1956) dan Isi
Neraka (1960).

Namun pada waktu itu, pola penulisannya berat dan serius kerana
konteks dakwah itu sendiri yang dirasakan ârigidâ. Berbeza hari ini,
dakwah disampaikan dalam pelbagai pendekatan yang lebih santai melalui
kemunculan ramai penceramah yang terbuka, moden dan relevan dengan
persekitaran semasa.

Salah seorang daripadanya ialah Ustaz Azhar Idrus. Namanya yang amat
popular itu dijadikan tarikan utama dalam filem tulisan dan arahan
Pierre Andre ini. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dicorakkan dalam gaya
komedi seperti yang pernah dilakukan Aji Noh Motor (2012) arahan Razif
Rashid.

Filem ini mengisahkan Dadu dan Muiz (lakonan Shahrol dan Ajak yang
membentuk duo Shiro) yang tidak mempunyai misi dalam hidup. Tidak
mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Satu hari mereka didatangi sepupu
Dadu, Hamzah (Along Eyzendy) yang telah berubah ke jalan Allah.

Hamzah yang menumpang tidur memperkenalkan mereka dengan Ustaz Azhar
Idrus melalui cakera padat yang dibawa. Tertarik dengan gaya ustaz
tersebut, mereka berniat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Dadu dan Muiz kemudian dihalau keluar rumah kerana tidak membayar
sewa, lalu berkelana ke sebuah masjid dan berkenalan dengan jemaah
dakwah. Mereka juga memasang hasrat untuk bertemu dan mendengar ceramah
Ustaz Azhar Idrus secara langsung.

Dalam perjalanan, mereka diuji dengan pelbagai kejadian termasuk
dikaitkan dengan penjenayah serta golongan homoseksual sehingga dua kali
masuk lokap.

Pierre mempunyai konsep yang menarik iaitu road movie yang membawa
penonton âmengembaraâ bersama Dadu dan Muiz. Bukan saja secara
zahiriah iaitu dari satu tempat ke satu tempat, tetapi juga perubahan
spiritual mereka yang ingin berubah sebagai individu âbaruâ yang
tidak meninggalkan solat.

Namun demikian, Pierre seakan meminggirkan pembinaan watak dan jalan
cerita menyebabkan filem ini tidak lebih dari sekadar ceramah agama
yang panjang. Gaya penulisannya tidak seperti sebuah cereka, sebaliknya
lebih cenderung seperti Forum Perdana Ehwal Islam atau Al-Kuliyyah di
kaca tv.

Dadu dan Muiz mempunyai sebab atau motivasi yang kuat untuk berubah.
Mereka ditimpa kesusahan apabila dihalau keluar rumah sewa dan tiada
wang. Saya ingin mempercayai apa yang Pierre olahkan itu.

Bagaimanapun, saya tidak merasakan perubahan holistik dua karakter
ini. Gaya komedi yang ditampilkan membuatkan saya menganggap Dadu dan
Muiz hanya mencari tempat persinggahan dan perlindungan. Mereka masih
tiada arah tuju sebenar tentang masa depan dan seolah
âmengikut-ikutâ saja jemaah dakwah.

Apabila Dadu dan Muiz menyatakan hasrat untuk bertemu Ustaz Azhar
Idrus, mereka digambarkan menaiki motor kemudian berjalan kaki (kerana
kehabisan minyak) tanpa destinasi yang spesifik, yakni tidak tahu lokasi
ceramah atau waktu. Tindakan itu dirasakan kurang logik pada zaman
berteknologi hari ini.

Pertembungan mereka dengan karakter-karakter lain sepanjang
perjalanan pula, hanyalah untuk mengisi masa tayangan. Alangkah bagusnya
jika setiap watak yang mereka temu atau sesuatu peristiwa itu dapat
menambahkan iman atau pedoman mereka. Pierre tidak memberikan kaitan
atau signifikan tersebut.

Manakala babak kemuncak, babak yang ditunggu-tunggu peminat Ustaz
Azhar Idrus, tidak lebih dari sesi soal jawabnya bersama Dadu dan Muiz.
Kemunculan Ustaz seperti terasing dari jalan cerita, apatah lagi dengan
kerja kamera yang tidak ubah seperti program bual bicara di Astro Oasis.

Filem ini berakhir dengan babak pertemuan itu. Saya masih tertanya
perubahan bagaimana yang dijalani Dadu dan Muiz kerana tidak ditunjukkan
atau dinyatakan perbezaan hidup mereka dari awal cerita sehingga ke
penghujung.

Justeru, saya menyimpulkan filem ini hanya mahu memanipulasikan
populariti Ustaz Azhar Idrus dan syabas, sekurang-kurangnya Pierre
berjaya memujuk pendakwah terkemuka itu untuk terlibat dalam budaya pop
filem komersial.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-29034887140365023372013-11-28T00:00:00.000+08:002013-11-30T23:49:19.684+08:00THE LUNCHBOX (2013)

Mangkuk tingkat, kesunyian dan cinta

Antara dalam filem The Launchbox yang berkisar tentang mangkuk tingkat

Sukar rasanya untuk mencari sebuah filem, sekurang-kurangnya bagi
saya, yang bercerita tentang kehidupan sehari-hari yang rutin, tetapi
amat memberi kesan. Kehidupan itu digambarkan sebagai membosankan dan
mendatar, namun mampu mengikat penonton untuk terus menyaksikannya
sehingga penamat.

The Lunchbox bermula dengan Ila, seorang isteri dan juga ibu kepada
seorang kanak-kanak perempuan, menyediakan juadah makan tengah hari
untuk suaminya. Makanan itu dihantar menerusi khidmat penghantar makanan
atau lebih dikenali sebagai dabbawala di Mumbai.

(Trivia: Terdapat kira-kira 5,000 dabbawala di kota itu yang
menghantar lebih 130,000 mangkuk tingkat kepada pekerja-pekerja di
pejabat. Menurut kajian yang dilakukan Universiti Harvard,
kebarangkalian untuk mereka tersilap hantar kepada pemilik yang lain
adalah dengan nisbah satu dalam sejuta).

Bagaimanapun, mangkuk tingkat yang disediakan Ila untuk suaminya
dihantar kepada seorang duda bernama Saajan Fernandes yang bakal
bersara. Ila menyedari kesilapan berlaku apabila juadah yang
disediakannya habis dimakan, sedangkan suaminya tidak memuji masakannya
ketika pulang ke rumah.

Ila yang berasa curiga menyelitkan nota di dalam mangkuk tingkat
tersebut. Bermula dengan sekadar memberitahu makanan itu bukan untuk
Fernandes, mereka kemudian saling berbalas surat. Ila dan Fernandes
membentuk satu ikatan kerana mereka adalah insan yang kesunyian.

Ila yang menerima layanan dingin mengesyaki suaminya mempunyai
hubungan sulit. Manakala Fernandes adalah insan yang murung selepas
kematian isteri. 'Kehadiranâ mangkuk tingkat Ila, bagaimanapun kini
menjadikan waktu makan tengah hari adalah masa yang paling
dinanti-nantikan oleh Fernandes.

Dalam teknologi yang serba canggih hari ini dengan kewujudan
pelbagai media sosial mahupun applikasi whatsapp, The Lunchbox
bersandarkan formula perhubungan klasik menerusi surat.

Sesuatu yang amat menarik apabila kita menyaksikan dua jiwa yang
saling tidak mengenali ini berkongsi segala perasaan, harapan, impian
malah kenangan-kenangan lama mereka, hanya di atas kertas. Sebuah
perhubungan intim yang tidak konvensional kerana mereka tidak pernah
bersemuka.

Filem ini melakukannya dengan begitu efektif sehingga kita tidak
mengeluh pun apabila Ila dan Fernandes tidak cuba berbalas nombor
telefon atau menggunakan medium komunikasi yang lain. Dan semua ini
berlatarkan bandar Mumbai yang ditangkap cantik dalam suasananya yang
semula jadi.

The Lunchbox merakamkan perjalanan dabbawala dari dapur rumah ke
meja pejabat dengan lengkap. Penonton dapat melihat kesesakan bandar
Mumbai menerusi jalan raya mahupun jalan kereta api, orang mengilat
kasut, menjual lukisan di tepi jalan atau duduk tekun di meja kerja demi
survival.

Fernandes digambarkan tinggal di sebuah rumah besar di Bandra,
manakala Ila menetap di flat sempit di mana dia boleh menjerit memanggil
jiran dan dapat mendengar suara masing-masing tanpa melihat wajah. Di
sebalik kemewahan dan keriuhan itu semua, penonton dapat merasai
kesepian Ila dan Fernandes.

Semua ini tidak akan berhasil tanpa kebijaksanaan lakon layar yang
ditulis pengarahnya, Ritesh Batra. Dia meneroka tema kesunyian dalam
bahasa sinema yang berbeza dengan filem-filem Bollywood lain.
Penulisannya membuatkan penonton mengambil peduli dengan setiap
karakter, malah setiap dialog.

Filem ini juga hampir tidak mempunyai muzik latar, sebaliknya
memanipulasikan bunyi-bunyi asli untuk mencerminkan suasana atau
perasaan.

Ritesh menjadikan The Lunchbox ibarat sebuah sajian yang membuatkan
orang teringat-ingat walaupun sudah habis. Satu metafora perasaan yang
puas, bukan kerana tidak menginginkannya lagi, tetapi kerana gembira
dengan hasilnya.

Ritesh tidak memberikan sebarang kesimpulan terhadap perhubungan
'aneh' Ila dan Fernandes. Dia memberikan penghujung cerita yang terbuka
untuk penonton mentafsirkan sendiri darjah atau tahap perasaan cinta
yang dialami oleh dua karakter ini. Saya sebagai penonton, mempercayai
cerita rekaannya.

Irrfan Khan sebagai Fernandes membuktikan dia adalah âKhanâ yang
terbaik di Bollywood. Karakternya tidak memerlukan dia bercakap banyak,
tetapi âkata-katanyaâ terluah menerusi surat yang dihantar kepada
Ila. Lenggok suara dan raut wajahnya cukup menggambarkan apa yang
dirasai dan dipendam.

Persembahan Irrfan dibantu lakonan cemerlang Nawazuddin Siddiqui
yang memegang watak Sheikh Aslam, pemuda yang bakal menggantikan
tempatnya di pejabat apabila Fernandes bersara kelak.

Sheikh pada awalnya menjengkelkan, namun apabila cerita bergerak,
penonton akan mula terpaut kepada pembinaan wataknya yang
berlapis-lapis; penuh tulus dan naif tetapi cekal dalam mengharungi
hidup sebatang kara. Dinamik perhubungan di antara Fernandes dan Sheikh
menyeronokkan untuk ditonton.

Sementara itu, Nimrat Kaur sebagai Ila memberi penghayatan yang
mengagumkan, apatah lagi ini merupakan watak utamanya yang pertama.

Dia memiliki sepasang mata yang sayu, seolah menjadi medium untuk
menyampaikan perasaan yang dilalui. Dia juga tidak memerlukan air mata
untuk menunjukkan kelemahannya, tetapi penonton sedar akan kerapuhan
hidupnya.

The Lunchbox memberikan penonton pengalaman kehebatan perasaan manusia terhadap keinginan untuk bercinta dan dicintai.

(Trivia: Filem ini memenangi Anugerah Kritik Pilihan Penonton atau
Grand Rail dâOr di Festival Filem Cannes 2013. Bagaimanapun,
penerbitnya kecewa apabila ia tidak terpilih untuk mewakili India dalam
Oscar akan datang. The Lunchbox tidak ditayangkan di pawagam Malaysia,
tetapi secara eksklusif di Astro Best).

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-12381075431687152812013-11-14T00:00:00.000+08:002013-11-30T23:46:12.004+08:00DIANA (2013)

Filem yang 'menyedihkan'

Filem: Diana Pengarah: Oliver Hirschbiegel Pelakon: Naomi Watts, Naveen Andrews, Cas Anvar, Juliet Stevenson, Douglas Hodge

Dilema atau krisis yang perlu dihadapi pembikin naskhah biografi
ialah apabila pengkritik akan menjadi lebih teliti, terperinci dan
cerewet dalam segala hal.

Bukan saja dari sudut yang paling asas dan jelas seperti rangka
kisah dan alunan penceritaan, malah sehingga sekecil-kecilnya aspek
seperti bagaimana subjek yang diceritakan itu bercakap, berjalan,
berpakaian atau stail rambutnya.

Filem Diana tidak terlepas dari perkara yang sama. Penulis lakon
layar, Stephen Jeffreys dan pengarah Oliver Hirschbiegel terdedah kepada
risiko yang besar kerana Puteri Diana adalah antara wanita yang paling
terkenal di dunia.

Apabila kita menyebut perkataan âterkenalâ, ia bermaksud semua
orang kononnya âmengenaliâ puteri itu secara peribadi dan mempunyai
persepsi yang berbeza-beza mengenainya. Persepsi ini dicipta melalui apa
yang mereka lihat, baca dan dengar melalui segala medium media.

Filem Diana tidak menceritakan keseluruhan hidupnya, sebaliknya
hanya memberi fokus kepada kisah dua tahun sebelum kematiannya yang
tragis pada 31 Ogos 1997.

Diinspirasikan dari buku Diana: Her Last Love tulisan Kate Snell
(2001), naratifnya bertumpu kepada kisah selepas berpisah dengan Putera
Charles serta hubungannya dengan Dr. Hasnat Khan dan Dodi Fayed.

Apa yang terjadi dengan filem ini ialah ia menerima kecaman, bukan
saja dari pengkritik profesional, malah penonton biasa yang merasakan
Diana tidak memberi keadilan kepada puteri kesayangan ramai itu. Filem
ini seharusnya menjadi âlebih besarâ, bukan saja dari segi skala,
tetapi jiwa dan perasaannya.

Saya bersetuju dengan pandangan umum itu selepas menyaksikannya
sendiri. Saya tidak mahu menuduh Diana dihasilkan dengan sambil lewa
kerana saya pasti pihak produksi sudah melakukan yang terbaik, namun
standard yang terhasil tidak lebih sekadar telefilem dari saluran
televisyen Hallmark.

Watak Diana dibawakan calon Pelakon Wanita Terbaik Oscar sebanyak
dua kali, Naomi Watts. Saya memuji jabatan tatarias dan solekan yang
cuba menyalin hampir seratus-peratus gaya asli Puteri Diana. Bagi saya,
âhelahâ ini amat penting untuk mewujudkan realisme dan kepercayaan
terhadap subjek yang diceritakan.

Namun, saya tidak boleh menyalahkan Watts apabila raut wajahnya yang
tidak seiras dengan Diana (tanpa bantuan mekap dan pemakaian)
membuatkan ada masa-masa tertentu saya tidak mempercayai dia adalah
puteri diraja itu.

Sebagai contoh, babak Diana menyarung rambut palsu panjang berwarna
hitam untuk melarikan diri dari paparazi. Ketika ini, Watts kelihatan
lebih mirip Elizabeth Hurley berbanding Diana, tetapi saya enggan
meletakkan itu sebagai masalah terbesar filem ini.

Saya berterima kasih sekurang-kurangnya pihak produksi memilih
pelakon seperti Watts yang mempunyai kredibiliti dan trek rekod yang
cemerlang. Namun, kerana karakter Diana itu sendiri yang larger than
life, penonton dapat merasakan betapa Watts berikhtiar keras untuk
menjadi puteri diraja tersebut.

Percubaan dan persembahan Watts yang tidak mengecewakan itu tidak
dapat menyelamatkan keseluruhan filem ini. Karakternya ditulis dengan
teruk. Bukan bermaksud dari segi moral atau etika, sebaliknya ketiadaan
dinamik membuatkan penonton tidak mampu terikat atau berkongsi empati.

Diana dalam filem ini digambarkan dengan ringkas. Sedih kerana
terbuang dari istana, dia terdesak menginginkan cinta dari kalangan
lelaki biasa sehingga sanggup melakukan apa saja. Wataknya tidak
benar-benar dikupas sehingga ke lapisan yang terakhir membuatkan
penonton hanya melihat di permukaan.

Penulis skrip mahupun pengarah seakan tidak cuba mendalami sikap
atau motivasi mengapa Diana bertindak sebegitu dalam satu-satu hal.
Dalam erti kata lain, saya percaya karakter sebenar Puteri Diana lebih
kompleks dari apa yang dipertontonkan. Ya, bukan kerja mudah tetapi di
sinilah cabaran pembikinnya.

Latar watak Hasnat (lakonan Naveen Andrews) mempunyai faktor
penceritaan yang kuat; tersepit di antara cinta, kerjaya, keluarga dan
agama. Namun, lakon layar filem ini memberikan penonton persepsi bahawa
dia ialah lelaki yang tidak berhenti mengeluh dan egoistik dalam gaya
melodrama yang meresahkan.

Seperti Watts, lakonan Andrews berada pada tahap yang membanggakan,
tetapi mereka hanya bagus apabila berasingan. Mereka seakan tiada
keserasian apabila bersama. Selain penulisan yang membosankan dan
pengarahan yang lemah, suntingan juga menjadikan filem ini mendatar
serta pilihan muzik yang klise.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-55249580810551070072013-11-07T00:00:00.000+08:002013-11-30T23:43:09.850+08:00HIGHLAND TOWER (2013)

'Amatur' yang tidak meyakinkan

ANTARA adegan dalam filem highland tower.

HIGHLAND Tower bukanlah naskhah pertama Pierre Andre dalam bentuk
mockumentary iaitu dokumentari olok-olok. Sebelum ini, dia mengarahkan
Seru (2011) bersama Woo Ming Jin. Kedua-dua filem itu berlegar dalam
subgenre yang serupa iaitu realiti seram dan mistik, tetapi
pendekatannya berbeza.

Seru merupakan cantuman pita rakaman sebenar seorang mangsa
terakhir yang terselamat dari tragedi pembunuhan akibat rasukan di
sebuah set penggambaran filem. Manakala Highland Tower adalah pita
rakaman sekumpulan anak muda yang mencari entiti untuk tujuan
dokumentasi.

Filem ini mirip kepada Penunggu Istana (2011) yang dipasarkan sebagai
doku paranormal pertama Malaysia. Strategi filem itu ialah menggunakan
pelakon amatur (yang tidak dikenali ketika itu, antaranya Sara Ali dan
Amar Asyraff) sebagai sekumpulan pelajar kolej yang sedang menyiapkan
tugasan.

Taktik itu sekurang-kurangnya memberikan perasaan realisme kononnya
ia memang pernah berlaku dan bukan satu lakonan. Berbeza dengan Highland
Tower, ia membariskan pelakon residen MIG yang pernah dilihat di dalam
filem-filem lain, tetapi kali ini bertindak sebagai krew produksi.

Mika (Mikael Andre) dan Niezam (Niezam Zaidi) ialah pembikin
dokumentari paranormal. Menginginkan cabaran, mereka bercadang untuk ke
Highland Towers, penempatan di Taman Hillview, Ulu Kelang yang runtuh
pada 1993.

Selepas satu dari tiga blok kondominium itu musnah, pihak berkuasa
mengisytiharkan ia tidak selamat untuk didiami. Tragedi itu mengorbankan
48 nyawa dan sehingga kini kawasan itu terbiar bersemak-samun.

Merupakan projek terbesar Mika dan Niezam, mereka meminta sokongan
MIG dari segi dana dan bantuan teknikal. Produksi mereka kini dianggotai
tujuh individu termasuk seorang pemandu iaitu Eddy (Eddy Rauf), hos
dokumentari, Shima (Shima Anuar) dan juruaudio, Adibah (Adibah Yunus).

Selepas beberapa jam di Highland Towers, mereka mula diganggu dengan
bunyi aneh, peristiwa kehilangan anggota kumpulan serta kemuncaknya
apabila Shima dan krew pembantu, Atikah (Atikah Suhaime) diserang
histeria.

Bagi filem sebegini, penonton memang mengharap untuk
ditakut-takutkan. Rumah atau bangunan terbiar dengan tangkapan kamera
yang sebenar secara automatiknya membuatkan penonton resah dan
berdebar kerana mereka tidak pasti apa yang akan berlaku atau muncul di
depan mata.

Saya tidak mempunyai masalah dengan gerak kamera yang
terhuyung-hayang kerana formatnya memang begitu. Malah, jika
dibandingkan dengan Seru yang goncangan kameranya lebih ekstrem,
Highland Tower dirasakan lebih tenang dan terkawal. Namun, ada
beberapa hal yang membuatkan realisme itu hilang.

Terdapat beberapa babak di mana bunyian, misalnya tangisan bayi,
tidak raw seperti ia terhasil sendiri. Bunyi itu sama seperti yang
diletakkan di dalam filem-filem fiksyen lain - jelas bergema dan
diadun.

Saya tidak dapat membeli lakonan-lakonan yang dipersembahkan. Ia
kelihatan dipaksa dan dibuat-buat. Reaksi mereka - sama ada teruja,
tenang mahupun ketakutan - seperti tidak asli, kecuali lakonan Eddy yang
bersahaja dan subtle yang menjadikan filem sebegini lebih mudah untuk
dipercayai.

Ya, Mika mungkin pengarah projek yang amatur, tetapi saya tidak dapat
merasakan mereka ke sana untuk sebuah projek pembikinan doku yang
serius.

Mereka, terutamanya Mika kelihatan clueless dan tidak tahu apa yang
mahu dilakukan. Mereka seperti tiada perancangan yang teliti seperti
rajah atau peta bangunan untuk diselidiki, sebaliknya hanya
mundar-mandir turun naik dari satu tingkat ke tingkat lain, mengharapkan
entiti akan muncul.

Mika seharusnya tahu apa yang hendak dirakamkan dan dicapai pada
penghujung penggambaran. Seperti yang pernah saya tonton dalam
dokumentari sebenar di kaca tv, mencari entiti memerlukan pelbagai
alatan dan kepakaran, bukan sekadar mengikut naluri hati, deria rasa
mahupun penglihatan.

Skrip Shima misalnya sebagai hos tidak meyakinkan. Tiada fakta atau
perincian yang kukuh, sebaliknya hanya dialog seperti, tempat ini
memang menyeramkan" iaitu perkara yang penonton boleh lihat sendiri
menerusi visual.

Bukankah sesuatu produksi itu, terutamanya apabila dibiayai syarikat
besar seperti MIG, harus mempunyai rangka kerja agar perjalanan tidak
sia-sia?

Sebagai pengarah dan penulis yang sinonim dengan naskhah seram,
Pierre seharusnya peka dan mengerti dengan kepentingan pengetahuan
seperti ini.

Penonton mahu diyakinkan bahawa apa yang mereka saksikan itu adalah
perkara benar, walaupun secara sedar mereka tahu mereka ditipu.
Selepas sekian banyak filem mockumentary dihasilkan, terutamanya dari
luar negara, Pierre harus muncul dengan idea helah yang lebih baru dan
bijak.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-74346690143552781932013-10-03T00:00:00.000+08:002013-10-05T23:24:39.361+08:00JOBS (2013)

Jobs yang dingin

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
(syazwan_zakariah@astro.com.my)

SELAMA ini saya amat mengagumi kehebatan Steve Jobs dan saya pasti
seluruh dunia pun begitu. Bagaimanapun selepas menonton filem
biografinya arahan Joshua Michael Stern, saya berada dalam dilema.

Saya tidak pasti mahu terus menyanjungi pengasas komputer Apple ini
atau tidak. Dia memang pintar kerana mengilhamkan produk-produk hebat,
tetapi sekadar itu saja. Keperibadian yang ditampilkan bukan contoh
seorang tokoh.

Adakah ini terjadi kerana Matt Whiteley tidak menulis lakon layarnya
dengan betul atau personaliti Jobs sememangnya menjengkelkan?

Apa pun jawapannya, saya merasakan insan handal seperti Jobs patut
mendapat lebih keadilan menerusi sebuah filem yang baik dan tersusun
penceritaannya.

Filem ini memberi gambaran mudah terhadap seorang lelaki yang saya percaya sifatnya lebih kompleks seperti mana pemikirannya.

Filem Jobs bermula dengan babak pada 2001, ketika Jobs (lakonan Ashton Kutcher) memperkenalkan iPod dan mendapat tepukan gemuruh.

Adegan kemudian berputar 30 tahun sebelum itu, semasa Jobs masih
menuntut di Reed College, Portland. Tidak habis belajar, dia mengembara
ke India untuk seketika sebelum mendapat kerja di tempat mencipta
permainan video, Atari.

Menyedari dia tidak mendapat kepuasan bekerja di bawah orang, Jobs
bersama rakannya, seorang jurutera bernama Steve Wozniak (Josh Gad),
mencipta versi komputer mereka sendiri. Dia menjadikan garaj rumah ibu
bapanya di Los Altos, California sebagai bengkel mereka.

Bibit kejayaan tercetus apabila seorang usahawan dan bekas jurutera
dari Intel bernama Mike Markulla (Dermot Mulroney) mempercayai visi
Jobs. Dia bersedia melabur untuk menubuhkan Apple Computer Inc. sekali
gus melancarkan Apple II yang diinspirasikan dari mesin taip dengan
monitor televisyen.

Menjadi gergasi dunia komputer sebaris IBM, bagaimanapun Jobs
'dibuang' dari Apple apabila dia melancarkan versi Macintosh pada 1984.
Dia tidak mendapat sokongan ahli lembaga pengarah yang memihak kepada
Ketua Pegawai Eksekutif, John Scully (Matthew Modine) yang dilantik
sendiri oleh Jobs.

Apabila saham Apple merudum dan keadaan syarikat tidak stabil, Jobs
dipujuk untuk menyertai mereka semula pada 1996. Ketua Pegawai
Eksekutif, Gil Amelio (Kevin Dunn) terpaksa meletakkan jawatan dan Apple
seterusnya berkembang di bawah pentadbiran Jobs yang menjadi Ketua
Pegawai Eksekutif baru.

Pengkisahan bagaimana Jobs membina Apple sebelum ia menjadi gah,
senang difahami penonton. Secara kasar, filem ini menunjukkan
detik-detik penting lelaki itu dari aspek profesion - turun naik
kerjayanya - iaitu perkara yang mungkin ramai sudah tahu atau pernah
membacanya di mana-mana.

Apa yang kurang dalam filem ini ialah perasaan. Penonton disogokkan
dengan peristiwa demi peristiwa tanpa mampu mengaitkan apa sebenarnya
yang dirasai oleh Jobs. Menonton filem Jobs seperti dokumentari tanpa elemen drama.

Benar, Whiteley menunjukkan sisi Jobs yang gigih dan tidak putus asa
dalam berinovasi, tetapi hubungannya dengan watak-watak di sekeliling
terabai.

Sebagai contoh, persahabatan Jobs dengan Wozniak tidak didalami.
Mengapa Wozniak bertindak meninggalkan Apple dan bagaimana dia melihat
Jobs sebagai insan yang banyak berubah selepas berjaya, tidak
diceritakan dengan baik.

Penonton juga pada awalnya melihat bagaimana Jobs meninggalkan teman
wanitanya yang hamil, Chris-Ann Brennan (Ahna O'Reilly) dan enggan
bertanggungjawab. Pada pertengahan filem pula, Jobs tiba-tiba
digambarkan sudah berkahwin dengan wanita lain tanpa memberi penonton
penjelasan.

Dalam erti kata lain, penonton meninggalkan pawagam tanpa
mempedulikan Jobs kerana kita tidak diberi peluang untuk benar-benar
memahami siapa dia. Apa yang ditunjukkan dalam filem ini, jika tepat,
hanyalah memalukan dia dan keluarga. (Jobs meninggal dunia pada 5
Oktober 2011 akibat barah pankreas).

Personaliti Jobs ditunjukkan sebagai seorang yang angkuh, panas baran
dan tidak menghargai mereka yang menyokongnya. Dia bercakap kasar
dengan pekerja, tidak memberikan kredit kepada mereka yang sama-sama
membantunya ketika susah dan hanya mementingkan diri sendiri.

Filem ini membuatkan saya tertanya-tanya. Adakah dunia hari ini
mengangkat seorang ikon hanya kerana dia bijak dalam menghasilkan produk
yang digemari dunia sehingga bergelar hartawan? Sedangkan di sebalik
kepintaran itu, kita menutup sebelah mata terhadap sifat insaninya yang
tamak dan lupa diri?

Suntingan filem ini berterabur. Babak-babak bermula dan berakhir
seperti secara rawak tanpa kandungan emosi. Adegan disambungkan tanpa
struktur yang kukuh dan ada waktunya meninggalkan penonton dengan tanda
tanya.

Misalnya, susulan Jobs menadah cahaya matahari dengan beberapa babak
pantas kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidupnya. Saya mengerti apa
yang ingin disampaikan pengarah iaitu Jobs seakan mendapat inspirasi,
tetapi penonton tidak merasakannya.

Begitu juga dengan susulan ketika Jobs bercucuk tanam dan mencabut
lobak merah yang ditanam di kebun rumahnya. Babak itu menjadi sambungan
kepada lapan tahun selepas Jobs dibuang dari Apple. Ia terasa janggal
dan tidak kena.

Kutcher kelihatan bekerja keras dengan sedaya upaya untuk
menghidupkan semula Jobs, terutamanya meniru gaya dia berjalan dengan
terhenjut-henjut dan membongkok. Sayangnya, Kutcher hanya 'memainkan'
watak dan bukan 'menjadi' watak itu.

Tiada apa yang boleh dipelajari dari filem ini. Tiada dialog atau momen-momen yang boleh diingati. Malang sekali, Jobs terhasil sebagai sebuah naskhah yang dingin dan tidak memberi inspirasi seperti yang diharapkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131003/hi_03/Jobs-yang-dingin#ixzz2grTYqf3Q

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-24589356893678098852013-07-04T00:00:00.000+08:002013-10-05T23:09:27.456+08:00WHITE HOUSE DOWN (2013)

White House Down

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

syazwan_zakariah@astro.com.my

PENGARAH Roland Emmerich memang suka meletupkan bangunan. Dalam Godzilla (1998), dia menghancurkan seluruh Manhattan. Dalam The Day After Tomorrow (2004) pula, tugu The Statue of Liberty menjadi mangsa.

Emmerich juga mengambil kepercayaan kaum Mayan untuk subjek filem 2012 (2009) di mana kiamat berlaku. Bagaimanapun, sebelum filem-filem itu terhasil, pengarah ini terlebih dulu dikenali menerusi Independence Day (1996).

Dalam filem tersebut, White House diletupkan dan Amerika Syarikat
diserang makhluk asing. Nampaknya, Emmerich masih belum puas meletupkan
kediaman rasmi Presiden itu dan melakukannya sekali lagi dalam White House Down.

Benar, produk-produk Emmerich dilabel sebagai blokbuster musim panas
yang dihasilkan untuk penonton bersuka-suka. Kita sudah boleh mengagak
apa yang bakal ditawarkan dan penamat yang menggembirakan di
penghujungnya.

Soalnya, adakah White House Down filem hiburan yang baik, atau sekadar okay, atau tidak perlu diambil peduli?

Apatah lagi, filem ini muncul kurang enam bulan selepas Olympus Has Fallen
ditayangkan. Filem lakonan Gerard Butler itu mempunyai tema yang sama -
tentang pencerobohan White House dan serangan pengganas.

Dari segi masa, sudah tentu Olympus Has Fallen mendahului White House Down.
Malah, mungkin ada penonton yang terkeliru menyangkakan dua filem ini
sebagai filem yang sama atau sekuel, tetapi sebenarnya ia tiada kaitan
langsung.

Bagaimanapun, kerana saya tidak berkesempatan menonton Olympus Has Fallen, saya tidak akan membuat perbandingan, sebaliknya menilai White House Down atas kapasitinya sendiri.

White House Down mengisahkan John Cale (lakonan Channing Tatum)
menghadiri temu duga di jabatan perkhidmatan sulit White House.
Mempunyai rekod kerja yang kurang baik serta kelulusan akademik yang
lemah, peluangnya tipis walaupun mempunyai kenalan yang bekerja di situ.

Pada hari yang sama, John membawa sekali anaknya, Emily (Joey King)
untuk lawatan ke White House. Emily merupakan peminat setia politik
Amerika dan menyanjungi Presiden James Sawyer (Jamie Foxx) yang
dianggapnya wira kerana 'berjaya membawa pulang' bapanya yang bertugas
di Afghanistan.

Malang tidak berbau apabila pada hari itu, White House diserang
sekumpulan pengganas. Tiada kena-mengena dengan Al-Qaeda, sebaliknya
rancangan orang dalam sendiri atas motif dendam.

Ketika Independence Day ditayangkan 17 tahun lalu, perasaan
melihat White House dibom memang mendebarkan. Justeru, menyaksikan
perkara yang sama diulang kembali sudah tidak lagi mengujakan - maksud
saya dari aspek kesan khasnya. Ia kelihatan 'memenatkan' dan tidak
menghairankan.

White House Down juga akan mengingatkan penonton kepada siri Die Hard
(1998-2013), terutamanya yang pertama. Bruce Willis yang mempunyai
lebih kredibiliti sebagai pelakon, mungkin lebih dipercayai dan diyakini
sebagai hero dan bapa berbanding Tatum.

Banyak harta benda yang musnah dalam White House Down dan kita
boleh mengagak bajet besar yang digunakan adalah sebahagiannya untuk
meletupkan set. Dari aspek pembikinan dan kesan khasnya, tiada sebarang
revolusi di situ.

Sepanjang dua jam menonton, ia boleh diklasifikasikan sebagai filem aksi yang standard
- tentang perlumbaan untuk melengkapkan misi sebelum segalanya
berakhir. Tiada satu pun dalam filem ini yang tidak boleh kita teka,
kecuali mungkin penjahat sebenar yang didedahkan di hujung cerita.

Walaupun penulis James Vanderbilt tidak mahu naskhah ini dilihat
sebagai naskhah politik, namun dia tetap menyelitkan agenda di sebalik
motif sebenar penaklukan kuasa di White House. Begitupun, idea itu tidak
begitu 'dibeli' kerana aspek hiburan dan drama yang stereotaip lebih
dititik beratkan.

Meneliti barisan pelakon, sudah tentu White House Down boleh
menang dari segi kutipan di pawagam. Peminat Tatum tentu lebih seronok
melihat susuk tubuh sasa aktor ini berbanding mutu sebenar
persembahannya, yang sebenarnya tidaklah teruk tetapi tiada apa yang
boleh dibanggakan.

Tiada kedalaman pada watak Foxx sebagai Presiden Sawyer. Namun
gandingannya dengan Tatum semasa babak melepaskan diri dari White House
agak menghiburkan. Lakonan Joey King sebagai Emily pula meyakinkan,
tetapi mungkin kerana dia kanak-kanak, penilaian penonton terhadapnya
tidak kritikal.

Barisan pelakon lain pula hanya melakukan apa yang mereka patut
lakukan, terutamanya kumpulan penjahat yang kelihatan tipikal menerusi
raut wajah yang memang jahat, selain rupa paras yang tidak terurus dan
lengan bertatu.

Menjawab soalan yang dikemukan terlebih awal tadi, adakah White House Down
filem hiburan yang baik? Bagi saya, ia terlalu biasa dan boleh
membosankan kerana pengulangannya. Perlukah diambil peduli? Jika anda
mahu membuang masa dua jam dan tidak berfikir apa-apa, ya, mengapa
tidak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130704/hi_04/White-House-Down#ixzz2grOfNUOJ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-22572676744818210732013-06-20T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:59:43.905+08:00MAN OF STEEL (2013)

Superman, Man of Steel

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

UNTUK bertahun lamanya, Superman boleh disifatkan sebagai karakter
dua dimensi. Dia bukan seperti Batman yang mempunyai lebih banyak
transisi dan naluri kerana Batman asalnya seorang manusia biasa.

Superman, sebaliknya, memang dilahirkan sebagai adiwira dari alam
yang berbeza. Ada masanya penonton atau pembaca komik sukar untuk
mempunyai empati atau simpati terhadapnya kerana sedia maklum sifat luar
biasanya.

Begitupun, terima kasih kepada Christopher Nolan, pengarah trilogi
Batman (2005-2012) yang bertindak selaku penulis bersama untuk lakon
layar filem terbaru Superman, Man of Steel.

Nolan mempunyai keupayaan dalam bercerita secara teliti dengan
mendalami setiap perwatakan. Seperti apa yang dilakukan kepada francais
Batman, dia bijak mengadaptasi kisah komik menjadi naskhah yang mampu
dipandang serius.

Untuk Man of Steel, dia bekerjasama dengan rakan penulis The Dark Knight Rises (2012),
David S. Goyer untuk memberi imaginasi baru terhadap Superman, karya DC
Comics yang berusia hampir 75 tahun sejak penerbitan edisi pertama.

Jalinan cerita yang ditulis Nolan dan Goyer memberi kefahaman tentang
asal-usul seorang bayi yang bernama Kal-El yang dihantar ke bumi oleh
ibu bapanya ketika Krypton hampir musnah.

Man of Steel ialah 'character-driven story' tentang bayi itu yang
kemudiannya membesar dengan nama Clark Kent. Dipelihara sepasang suami
isteri yang menemuinya terdampar di sebuah ladang, penonton melihat
sendiri bagaimana Clark 'bertarung' untuk memahami mengapa dia berbeza
dari kanak-kanak lain.

Clark berasa tersisih dan takut dengan kelebihan (atau baginya
sumpahan) yang ada padanya. Ibu bapa angkatnya menasihatkan agar dia
membataskan penggunaan kuasa yang dikurniakan - jangan menjadi terlalu
pantas atau terlalu kuat - kerana bimbang akan menyakiti orang lain dan
dirinya sendiri.

Pertemuan Clark dengan roh bapa kandungnya, Jor-El meyakinkan dia
adalah simbol keamanan dunia sejagat. Transformasi ini - dari seorang
yang tidak menerima hakikat siapa dirinya, kepada seorang hero - adalah
satu tontonan yang mengasyikkan, walaupun pernah diceritakan berulang
kali.

Selain arus penceritaan yang baik, Man of Steel ditangani
pengarah yang pandai membaca visi Nolan dan Goyer. Zack Snyder
(Watchmen, 2009; Sucker Punch, 2011) membawa bersama kepakarannya dalam
aspek teknikal serta imejan yang mengagumkan. Man of Steel adalah perkahwinan cerita dan visual yang tepat.

Filem ini berjalan lancar, tidak terlalu laju atau perlahan. Dibuka
dengan babak pertempuran di Krypton dalam mood genre fiksyen sains, ia
kemudian beralih kepada suasana drama dan emosi. Bagaimana Clark semasa
kanak-kanak dan dewasa 'mencari dirinya' diceritakan secara non-linear.

Sejam selepas itu, tempo Man of Steel bertukar menjadi filem
aksi blockbuster musim panas, apatah lagi dengan kehadiran watak
antagonis utamanya, General Zod. Babak-babak lawan dihasilkan dengan
kemas, menunjukkan kehalusan kerja tangan dan pemikiran Snyder dalam
jabatan audio dan visual.

Synder menjadikan filem ini 'solid' - padu dengan aksi, kesan khas
yang baik dan tema kemanusiaan yang yang menonjol, walaupun ini hanyalah
dongeng. Pada satu-satu masa saya menyangkakan filem ini akan menjadi
bosan, tetapi tidak kerana ia terus-terusan memaku penonton sehingga
cerita selesai.

Man of Steel ialah interpretasi moden tentang Superman yang lebih
sensitif dan mampu wujud di dunia nyata. Ia tidak sama seperti Superman
lakonan Christopher Reeve dari era ibu bapa kita yang lebih mudah,
ringan, memiliki unsur humor yang kuat, serta watak baik dan jahatnya
mempunyai jurang besar.

Saya menyukai karakter General Zod (lakonan Michael Shannon) yang
setara kuat perwatakannya dengan Clark/Superman. Meskipun jahat, Zod
mempunyai niat murni untuk bangsanya. Dia mahu menjadikan bumi sebagai
koloni baru selepas Krypton musnah dan umat manusia baginya adalah
penghalang.

Penonton juga dapat menyaksikan watak Lois Lane sebagai wanita yang
lebih kuat, matang dan berdikari - bukan mengada-ada, kepala angin dan
lemah seperti mana sebelum ini. Amy Adams menggalas peranan ini
sebaiknya. Perhubungan di antara Lois dan Clark/Superman juga dibentuk
dengan unik.

Kerana Man of Steel kisah permulaan Superman, tidak banyak
babak cinta atau romantis di antara mereka. Begitupun, mereka saling
tertarik kerana Lois mengetahui identiti sebenar Clark dan Clark pasti
Lois adalah wanita yang boleh dipercayai untuk merahsiakannya. Itu
adalah faktor tarikan yang sempurna.

Sasa dan tampan, Henry Cavill memenuhi kriteria Clark/Superman secara
fizikal berbanding Brandon Routh dari Superman Returns (2006).
Menariknya, magnet Cavill bukan sekadar paras rupa, tetapi dalam
kegagahan itu, dia membawa kelembutan dan kemurnian seorang adiwira yang
mahu menjadi insan biasa.

Hans Zimmer memberikan skor muzik yang cantik dan berani memberi
perubahan kerana tidak cuba untuk meniru 'trademark' John Williams. Saya
juga sukakan penamatnya yang memberikan penonton harapan untuk filem
sekuel.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130620/hi_03/Superman-Man-of-Steel#ixzz2grNPD0V2

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-80411529761073073652013-06-13T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:55:49.943+08:00PEE MAK (2013)

Pee Mak

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

Pee Mak

MENGHASILKAN sebuah filem komedi romantik adaptasi kisah seram
klasik, pengarah berpengalaman Banjong Pisanthanakun meraih keuntungan
besar. Filem terbarunya, Pee Mak mencatat sejarah sebagai filem Thailand dengan kutipan tertinggi sebanyak RM99 juta (USD33juta) sejak ditayangkan Mac lalu.

Berdasarkan trek rekod yang dipegang Banjong, pencapaian itu bukan
sesuatu yang memeranjatkan. Banjong mencipta nama dan reputasi menerusi Shutter (2004) dan Alone (2007), juga terlibat sebagai salah seorang pengarah untuk filem seram ensemble seperti 4bia (2008) dan Phobia 2 (2009).

Pee Mak mengambil asas hikayat popular tempatan, Mae Nak Phra Kanong
(Lady Nak of Phra Kanong) sebagai inti pati cerita. Bagi penonton
Malaysia, tentu masih ingat filem Nang Nak (1999) arahan Nonzee Nimibutr yang didasarkan dari hikayat yang sama, tetapi olahannya itu lebih gelap, serius dan dramatik.

Berlatarkan era revolusi Rattanakosin kira-kira 100 tahun lalu,
seorang lelaki bernama Mak dihantar berperang dan terpaksa meninggalkan
isterinya, Nak yang sarat mengandung. Nak kemudian mati semasa
melahirkan.

Selepas perang tamat, Mak pulang untuk menemui isteri dan anaknya,
tetapi disambut dingin orang kampung yang mengatakan dia tinggal bersama
hantu.

Masih kekal dengan versi asal itu, bagaimanapun Banjong
memperkenalkan empat karakter pembantu iaitu rakan-rakan Mak dari medan
perang. Mereka ialah Ter, Aey, Shin dan Puak yang mengikut Mak kembali
ke kampung halamannya dan dibenarkan tinggal di rumah pusaka, berjiran
dengan Mak.

Shin ialah individu pertama yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak
kena, diikuti dengan Ter yang menemui rangka mayat Nak dengan cincin
tersarung di jari semasa membuang air besar di dalam hutan.

Banjong dan dua penulis skrip sejak awal lagi ingin memberitahu
penonton ini bukanlah filem seram, sebaliknya karya komedi parodi. Lihat
saja babak pembukaan di khemah perang yang diisi dengan dialog penuh
humor, terutamanya ucapan ala Shakespeare dan askar-askar berambut
penyanyi pop.

Separuh masa pertama filem ini membuatkan penonton berseronok dengan
gelagat Shin dan Ter yang ingin meyakinkan Aye dan Puak bahawa Nak
adalah hantu, sebelum mereka berempat ingin memberitahu Mak perkara yang
sebenar.

Beberapa babak seperti mereka bermain bahasa isyarat serta huru-hara
di dalam 'rumah hantu' di taman permainan, menjadi adegan komedi
berterusan terbaik yang saya tonton sepanjang tahun ini.

Walaupun keempat-empat watak ini berlari, menjerit dan berkelakuan
lintang-pukang tanpa henti, penonton tidak menyampah sebaliknya terhibur
dan mahukan lagi. Persembahan itulah yang membawa naratif filem ini ke
depan, dengan secara tiba-tiba pengarah dan penulis skrip membuat
sedikit 'twist'.

Separuh masa terakhir filem ini bermain dengan ramalan dan jangkaan
penonton - benarkah memang Nak ialah hantu, atau sebenarnya Mak dan
rakan-rakannya juga sudah mati?

Walaupun terdapat satu babak hanya di dalam sampan dengan tempoh
lebih 15 minit, penonton tidak mengeluh, sebaliknya ketawa
berdekah-dekah. Pada saat ini, minda penonton dipermainkan dengan
teka-teki siapa sebenarnya hantu.

Barangkali ada tokoh sejarah di Thailand yang kurang senang dengan
olahan Banjong ini, tetapi pada babak penghujungnya ketika di dalam
kuil, pengarah ini kembali kepada akar asal cerita. Hikayat Mae Nak
berkisar tentang kesetiaan serta cinta sejati, dan Banjong tidak gagal
dalam menyampaikan mesej itu.

Penonton mungkin akan mengalirkan air mata (kerana saya juga sebak)
semasa Nak dan Mak saling berterus-terang tentang keadaan sebenar.
Dialognya melankolik, tetapi ia tidak meleret lama kerana penamatnya
membuatkan penonton kembali tersenyum lebar.

Pee Mak adalah bukti bahawa filem komedi slapstik juga boleh menjadi
karya kelas pertama jika pengarah dan penerbit bijak menghasilkannya.
Dari aspek kualiti bunyi, sinematografi dan rekaan produksi, kita dapat
menilai, pembikinnya mahu filem kelakar seperti ini diambil serius oleh
penonton.

Filem ini juga mempunyai barisan pelakon yang baik, terutamanya empat sekawan yang mempunyai naluri dan 'comic timing' yang tepat, yang saling melengkapi tanpa membayangi satu sama lain.

Mario Maurer sebagai Mak berjaya tampil dengan sifat bodoh alangnya
tetapi masih comel, begitu juga dengan Davika Hoorne sebagai Nak, watak
antagonis yang mampu mengimbangi garis sempadan di antara cantik dan
menyeramkan.

Saya rasa jika saya membaca skrip filem ini, saya mungkin tidak akan
ketawa dan menganggapnya bodoh. Bayangkan para pelakonnya berpakaian
abad ke-19 dengan gigi hitam tidak bergosok, tetapi membuat jenaka
tentang ahli silap mata David Blaine, kelas lakonan Ang Lee dan sekolah
memasak Le Cordon Bleu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130613/hi_03/Pee-Mak#ixzz2grMPbaTt

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-71552113097158615622013-05-16T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:51:31.011+08:00STAR TREK INTO DARKNESS (2013)

Jauh daripada kegelapan

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

syazwan_zakariah@astro.com.my

SAYA bukanlah peminat setia Star Trek atau nama gelarannya
Trekkie. Saya tidak mengikuti perkembangan francais ini yang mana
sirinya bermula seawal 1966 sebelum filemnya yang pertama, Star Trek: The Motion Picture (1979) diterbitkan. Jika saya pernah menonton pun, ingatan terhadapnya amat kabur.

Lima filem menyusul selepas itu sebelum J. J Abrams (Mission: Impossible III,
2006) membikin versi 'reboot' pada 2009. Saya menonton versi itu -
tidak menggilainya, namun tidak juga membenci kerana secara umumnya
genre sains fiksyen dan filem yang banyak menggunakan kesan khas bukan
kegemaran saya.

Sebab saya menontonnya ketika itu, selain dari publisiti meluas dan jenama Star Trek itu sendiri, adalah kerana trek rekod Abrams yang bukan saja mengarah, tetapi turut menerbitkan filem popular seperti Cloverfield (2008) dan siri televisyen Felicity (1998-2002) dan Alias (2001-2006).

Selepas Abrams mengarahkan Super 8 (2011), keyakinan saya terhadap bakatnya bertambah. Jangkaan itu tidak meleset apabila Star Trek Into Darkness
terhasil dengan cemerlang. Sekuel ini lebih mencuri tumpuan saya
berbanding versi 2009 dan saya percaya Abrams berjaya menambah peminat
francais ini.

Memandangkan pengenalan terhadap latar dan karakter sudah dilakukan
dalam filem pertama, Abrams bersama tiga penulis skrip mempunyai lebih
kebebasan untuk mencipta plot yang baru. Saya akui tidak berasa sedikit
mengantuk pun semasa menontonnya dari mula hingga akhir walaupun
tayangan tengah malam.

Filem ini dibuka dengan misi yang harus Starfleet selesaikan di
planet Nibiru. Walaupun sukses, ibu pejabat berasa kecewa dengan
beberapa kecuaian yang ditunjukkan, terutamanya tindakan Kapten James T.
Kirk (lakonan Chris Pine).

Starfleet kemudian dikejutkan dengan ancaman terbaru yang dicetuskan
seorang lelaki bernama John Harrison (Benedict Cumberbatch). Kirk, yang
diberikan peluang kedua untuk membuktikan kebolehannya, diarahkan
mengetuai anak kapal Enterprise dalam memburu Harrison yang bersembunyi
di Kronos.

Mereka dibekalkan dengan 72 prototaip torpedo yang mana ketua
jurutera, Scotty (Simon Pegg) berasa was-was dengan senjata tersebut.
Apa yang berlaku seterusnya ialah pendedahan dan jawapan terhadap setiap
keraguan, terutamanya identiti sebenar Harrison dan kaitan dengan
torpedo itu.

Apa yang mengagumkan saya terhadap keupayaan Abrams dan penulis skrip
ialah menjadikan filem ini sentiasa bergerak pantas dalam aksi dan
debarannya, tanpa berkompromi soal cerita dan perkembangan karakter.
Perjalanannya lancar dengan turun naik emosi dalam skrip yang kemas dan
pintar.

Sebagai contoh, watak Kirk yang agak menjengkelkan dalam filem
pertama kini berubah matang, sesuai dengan peningkatan usia dan
tanggungjawab yang lebih besar. Dia masih suka melanggar peraturan dan
selalu bertekak dengan Spock (Zachary Quinto), tetapi dia mempunyai
alasan yang boleh dipakai kali ini.

Personaliti yang kontra di antara Kirk dan Spock mencetuskan elemen
humor sama ada secara sengaja atau tidak. Pine dan Quinto mempamerkan
keserasian dan masing-masing memberikan persembahan yang baik. Beberapa
babak emosional berjaya ditonjolkan tanpa penonton ketawa atau mencebik.

Cumberbatch, walaupun menjadi pilihan terakhir pengarah untuk
menggalas watak penjahat Harrison, berjaya memberikan dimensi lakonan
yang berkesan. Dengan tona suaranya yang 'dalam dan menakutkan', riak
wajahnya juga menjadikan watak antagonis ini yang terbaik berbanding
versi 2009.

Setiap kemunculannya di layar berjaya memaku penonton. Harrison
adalah sejenis penjahat di mana penonton 'menyayanginya'. Bukan
bermaksud lakonannya tidak bagus, tetapi di samping wajah kacak,
Harrison begitu tangkas ketika bertarung. Justeru, penonton tidak mahu
dia cepat tewas dan diberkas.

Selain itu, setiap watak mempunyai momen mereka tersendiri. Antaranya
Dr. Carol Marcus (Alice Eve), krew baru Starfleet yang mencetuskan
dinamik perhubungan di antara Kirk, Spock dan bapanya, Admiral Marcus.

Chekov (Anton Yelchin) dengan loghat Rusianya yang turut menjadi
'hero', Bones (Karl Urban) dengan sikapnya yang suka mengeluh dan
skeptikal, Sulu (John Cho) yang dapat duduk di kerusi Kapten sebagai
pemangku, serta Scotty yang semakin disenangi dan lebih banyak babak
kali ini.

Cuma mungkin percintaan di antara Spock dan Uhura (Zoe Saldana) yang
agak merimaskan bagi saya. Tidak banyak perkembangan pada Uhura, selain
dia mampu bercakap dalam bahasa Klingon semasa menjejak Harrison di
Kronos.

Di sebalik kehebatan efek dan kesan khas serta skala naskhah yang
bertaraf epik, Abrams mampu membuatkan penonton peduli terhadap setiap
karakter, dan ini adalah kejayaannya yang terbesar.

Dia bukan saja meneruskan legasi Star Trek agar terus
disanjung, tetapi menjadikan karya ini mudah diakses generasi baru yang
mungkin tidak pernah menonton siri atau filem sebelumnya. Walaupun
judulnya tentang kegelapan (darkness), mood filem ini jauh dari tekanan,
sebaliknya satu keseronokan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130516/hi_02/Jauh-daripada-kegelapan#ixzz2grJUPIj6

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-20946628983931123082013-04-11T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:37:27.575+08:00SIDE EFFECTS (2013)

Kesan terakhir tinggalan Soderbergh

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
(syazwan_zakariah@astro.com.my)

EMILY (lakonan Rooney Mara) menunggu selama empat tahun untuk
suaminya keluar penjara. Bagaimanapun, selepas Martin (Channing Tatum)
dibebaskan, Emily masih mempunyai masalah kemurungan untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan dan hakikat hidup yang berubah selepas suaminya itu
ditangkap.

Depresi yang berlarutan menyebabkan Emily cuba membunuh diri dengan
melanggar dinding di tempat letak kereta. Hampir dimasukkan ke hospital
sakit jiwa, dia berjaya memujuk Dr. Jonathan Banks (Jude Law) agar
melepaskannya. Emily berjanji mengambil ubat dan hadir ke sesi
kaunseling setiap minggu.

Malangnya, Emily masih gagal mengawal perasaan dan hampir membunuh
diri sekali lagi. Kali ini, dia meminta preskripsi ubat yang lebih kuat
sehingga Dr. Banks terpaksa merujuk kes Emily kepada pakar psikiatrinya
terdahulu, Dr. Victoria Siebert (Catherine Zeta-Jones).

Emily diberikan dos ubat bernama Ablixa yang dilihat berkesan
terhadapnya, tetapi membawa kesan sampingan iaitu berjalan di dalam
tidur. Suatu hari, Emily menikam Martin sehingga mati semasa menyediakan
makan malam, tetapi mengaku tidak bersalah. Dia tidak mengingati jika
dia yang melakukannya.

Tragedi ini bukan saja membawa impak kepada kehidupan Emily, tetapi
Dr. Banks. Jika benar Emily berada di bawah sedar kerana kesan ubat yang
diambil, adakah doktor itu yang harus bertanggungjawab di atas kematian
Martin?

Apa yang menarik tentang Side Effects ialah ia bermula seperti
sebuah program realiti dokumentari tentang ubatan dan kesannya kepada
pengguna. Ini mengingatkan saya kepada satu lagi filem arahan Steven
Soderbergh, Contagion (2011) mengenai penularan epidermik merbahaya ke serata dunia.

Kedua-dua filem ini dibuka dengan wajah dan perasaan yang serupa -
muram dan suram seolah memberi bayangan sesuatu yang menakutkan bakal
berlaku.

Beberapa minit selepas penonton diperkenalkan dengan watak-watak
terlibat, plotnya kemudian berubah kepada kisah misteri pembunuhan.
Struktur penceritaan yang disangkakan lurus itu serta-merta bertukar
menjadi kompleks.

Di sinilah terletaknya kepandaian penulis skrip Scott Z. Burns dalam mencipta naskhah thriller yang bukan saja mendebarkan, tetapi menganjak pemikiran.

Soderbergh tidak memerlukan helah murahan seperti bunyi yang kuat,
muzik yang menggemparkan atau ekspresi lakonan berlebihan untuk
membuatkan penonton terkejut. Gaya pengarahan yang dikraf dengan
tersusun membuatkan penonton peduli dan 'mengambil bahagian' dalam
penceritaan.

Soderbergh tidak memaksa penonton untuk memerhatikan secara
terperinci apa yang dipaparkan di skrin. Namun kerana lakon layar dan
kerja kameranya yang digerakkan dengan begitu teliti, kita akan
melakukannya sendiri tanpa disuruh.

Tumpuan kita akan tertangkap kepada label-label ubat, tag nama, logo
dan sebagainya. Mata penonton meliar untuk mencari pembayang kepada
beberapa persoalan, begitu juga dengan perbualan-perbualan yang mungkin
kedengaran tidak penting, tetapi boleh dijadikan panduan untuk merungkai
jawapan.

Soderbergh yang pernah menang Pengarah Terbaik Oscar menerusi Traffic (2000) turut menampilkan keyakinannya untuk menangani naskhah serumit ini. Tanpa kebijaksanaan dan kawalan yang betul, Side Effects boleh saja terhasil sebagai filem yang mengarut, membosankan dan tidak masuk akal.

Begitupun, ia tidak berlaku. Situasi huru-hara yang tercetus dalam
filem ini digambarkan dalam rentak perlahan dan dikira tenang dengan
syot-syot 'close-up' yang mewakili perasaan setiap watak. Setiap
'kekacauan' yang terjadi akhirnya diselesaikan dalam satu kesimpulan
yang memuaskan.

Tentunya segala aspek teknikal yang baik tidak akan lengkap tanpa
lakonan cemerlang. Mara sekali lagi membuktikan dia antara aktres muda
yang bakal meneruskan legasi primadona Hollywood selepas tercalon untuk
Oscar menerusi The Girl with the Dragon Tattoo (2011).

Karakter Emily jauh lebih sukar dari apa yang penonton dapat
bayangkan ketika dia mula-mula muncul di skrin. Dia menunjukkan
rangkaian emosi yang pelbagai, mencuri perhatian penonton dalam setiap
adegan. Kerapuhan sifatnya dan lemah-lembut bicaranya membuatkan sesiapa
pun terpedaya.

Sementara itu, Law sebagai Dr. Banks mempamerkan tindak balas yang sewajarnya melalui setiap tindakan dan perbuatan.

Ini merupakan persembahan terbaik Law dalam tempoh beberapa tahun,
yang kebelakangan ini seakan dilupakan bakatnya untuk menjadi lebih
daripada Dr. John Watson dalam siri filem Sherlock Holmes (2009-2011).

Begitu juga dengan Zeta-Jones yang babaknya tidak banyak, tetapi
memberikan permainan yang tepat menerusi gerak mata dan bahasa tubuh.

Agak menghairankan dan menyedihkan apabila Soderbergh menyatakan hasrat untuk bersara apabila Side Effects menjadi filem terakhirnya (walaupun dia masih terlibat untuk produksi televisyen).

Saya berharap keputusan itu dipertimbangkan semula kerana saya
percaya filem ini membuatkan audiens terkesan dan teringat-ingat.
Alangkah ruginya jika dunia sinema kehilangan seseorang yang berbakat
hebat sepertinya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130411/hi_02/Kesan-terakhir-tinggalan-Soderbergh#ixzz2grHbsIYP

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-92061644926349014632013-03-14T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:31:31.255+08:00OZ THE GREAT AND POWERFUL (2013)

Tidak hebat, tetapi tidak teruk

Oleh Syazwan Zakariah

syazwan_zakariah@astro.com.my

SAYA kira, meletakkan harapan yang tinggi untuk Oz the Great and Powerful menjadi setaraf dengan filem asalnya, The Wizard of Oz (1939) adalah tindakan yang tidak adil, atau lebih tepat tidak masuk akal.

Penonton sendiri tahu jawapannya. Tidak mungkin filem yang baru ini,
walau sehebat mana pun pembikinannya, akan dapat menyaingi naskhah
klasik yang sudah dipertontonkan dari generasi ke generasi sehingga
diangkat American Film Institute (AFI) sebagai filem fantasi terbaik sepanjang zaman.

Oz the Great and Powerful adalah prekuel kepada The Wizard of Oz.

Bagaimanapun, disebabkan hak cipta filem lama dipegang
Metro-Goldwyn-Mayer (MGM), selaku penerbit baru Disney terpaksa
menggunakan lesen kreatif agar versi arahan Sam Raimi (pengarah
Spider-Man, 2002) ini masih senada dengan latar asal cerita.

Filem ini dibuka dengan babak hitam putih dalam nisbah 4:3 Academy, sebagai satu alusi atau tekapan kepada filem lama.

Penonton diperkenalkan dengan watak ahli silap mata bernama Oscar
Diggs (lakonan James Franco) yang menghibur di Baum Family Circus di
Kansas pada tahun 1905.

Oscar bukanlah seorang lelaki budiman. Seperti pekerjaannya yang
bijak bermain helah, begitu jugalah kehidupan peribadinya yang angkuh
dan mementingkan diri sendiri. Akibat diburu, dia melarikan diri dengan
menaiki belon udara, membawa bersama topi keramatnya dan beg perkakas
silap mata.

Perjalanannya digugat oleh puting beliung yang kemudian membawanya
masuk ke alam Oz. Di sinilah berlakunya satu lagi tanda ingatan atau
penghormatan Raimi terhadap filem lama apabila babak hitam putih
bertukar kepada warna, sekali gus nisbah tontonan bertukar kepada skrin
lebar nisbah 2.35:1.

Kehadiran Oscar disambut oleh ahli sihir bernama Theodora (Mila
Kunis). Dia percaya bahawa lelaki inilah yang bakal melepaskan kota
mereka, Emerald City dari belenggu kuasa jahat seperti yang diramalkan
ahli nujum.

Theodora mempunyai seorang kakak bernama Evanora (Rachel Weisz) yang
penuh muslihat. Penonton juga diperkenalkan, atau lebih tepat
diperkenalkan semula dengan seorang lagi ahli sihir, Glinda (Michelle
Williams) yang turut bertarung mendapatkan hak kebebasan dan keadilan.

Alam khayalan Oz kini menaruh harapan yang tinggi kepada Oscar.

Lelaki itu berada dalam dilema, sama ada mahu terus berpura-pura
menjadi 'lelaki sakti' dan membantu rakyat, atau lari saja ke tempat
lain demi meneruskan sifat sebenarnya yang licik, penipu dan tidak
memikirkan orang lain.

Sejujurnya, saya mendapati filem ini tidaklah menghampakan. Benar, ia
mempunyai beberapa masalah, tetapi tidaklah menjadikannya sangat teruk.
Saya berkata begitu kerana ini adalah produk Disney. Penonton sudah
boleh meramal bagaimana hasilnya dan apa yang boleh dinikmati
daripadanya.

Raimi menghidangkan penonton jamuan mata dengan penggunaan kesan dan
imej janaan komputer (CGI) yang disengajakan kelihatan sedikit kartun.
Dalam kebanyakan filem hari ini di mana kehebatan mutu CGI hampir
menyamai objek sebenar, Oz the Great and Powerful memberi perasaan nostalgia kanak-kanak.

Peminat filem pertama pastinya akan gembira melihat kemunculan
sekumpulan babun terbang, orang-orang kerdil bergelar Munchkin yang
menari dan menyanyi, bunga popi yang beracun serta buih gergasi yang
terapung. Raimi mampu menghubungkan penonton menerusi visual yang cantik
dan menarik.

Sayangnya, kelebihan itu tidak mampu menyelamatkan lakon layar
tulisan Mitchell Kapner dan David Lindsay-Abaire. Skripnya lesu, tiada
kejutan dan mendatar. Naratifnya tidak cukup 'menghentam', seolah
menganggap penonton akan berpuas hati hanya dengan visual dan gambaran
yang menakjubkan.

Sebagai filem prekuel, ia harus berfungsi sebagai asas cerita yang kukuh sebelum The Wizard of Oz
bermula. Misalnya, dari mana asal-usul jalan bata kuning? Atau
bagaimana Glinda boleh mempunyai istana lain ketika dia ditindas dan apa
yang terjadi kepada istana itu selepas Glinda kembali ke Emerald City?

Pembinaan karakter juga boleh dipersoalkan, apabila pelakon sebaik
Kunis sekadar mampu memberikan lakonan yang separuh masak. Wataknya
ditulis seperti tergesa-gesa, membuatkan penonton tidak dapat memberikan
emosi yang sesuai sama ada mahu bersimpati atau membencinya.

Tidak seperti kebanyakan pengkritik Hollywood yang mengutuk Franco,
saya berasakan persembahannya tidaklah begitu lemah, tetapi tidak juga
cemerlang. Lakonannya yang dianggap 'malas' itu ibarat secocok dengan
karakter Oscar sebagai lelaki yang awalnya lembik, tidak berguna dan
tidak boleh diharap.

Barangkali apa yang kurang ialah sifat atau keperibadian menawan
seperti yang Franco sering tonjolkan dalam filem-filem lakonannya
sebelum ini. Entah mengapa, dalam beberapa babak, saya merasakan dia
seperti sedikit mabuk sebelum masuk ke set penggambaran dan tidak
henti-henti tersenyum.

Begitupun, Weisz dan Williams menyinar apabila berjaya menterjemahkan
watak mereka dengan baik. Mereka memahami kerumitan karakter yang
dibawa dengan menyuntik perspektif kemanusiaan dalam watak dongeng.
Mungkin inilah yang kurang difahami oleh Kunis dan Franco.

Selain itu, rakan-rakan mengembara Oz seperti monyet Finley (suara
oleh Zach Braff) dan patung porselin China Girl (Joey King) turut
mencuri perhatian dengan anekdot dan dialog mereka yang menyentuh hati
serta melucukan.

Oz the Great and Powerful mungkin tidak disukai pengkritik, tetapi
masih termasuk dalam kategori filem untuk seisi keluarga yang
menyenangkan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130314/hi_02/Tidak-hebat-tetapi-tidak-teruk#ixzz2grFtLpRE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-2020290661866943422013-03-07T00:00:00.000+08:002013-10-05T22:28:59.794+08:00WARM BODIES (2013)

Warm Bodies

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

syazwan_zakariah@astro.com.my

Lakonan Nicholas Hoult (kanan) sebagai R menghidupkan Warm Bodies.

EMPAT puluh lima tahun lalu, George Romero memperkenalkan kita dengan kisah mayat hidup atau zombi menerusi filem Night of the Living Dead. Ini diikuti dengan sambungannya 10 tahun kemudian dengan tajuk Dawn of the Dead.

Dari semasa ke semasa, beberapa filem zombi diterbitkan dan disuntik dengan elemen humor selain drama dan seram, antaranya Shaun of the Dead (2004) dan Zombieland (2009). Di Malaysia sendiri, kita ada Zombi Kampung Pisang (2007).

Kejayaan siri televisyen The Walking Dead (sejak 2010 sehingga kini) merancakkan lagi pembikinan kisah-kisah zombi, malah ada yang meletakkannya sebagai genre khusus.

Selepas rentetan cerita pontianak 'menawan' Hollywood, kini giliran zombi pula.

Warm Bodies merupakan filem adaptasi novel tulisan Isaac Marion di
mana pengarahnya, Jonathan Levine (50/50, 2011) turut bertindak sebagai
penulis lakon layar. Sekali imbas, mirip francais saga Twilight
(2008-2012) tentang percintaan antara manusia dengan bukan manusia.

Bagaimanapun, Warm Bodies dirasakan lebih jujur dengan
sifatnya sebagai sebuah naskhah 'main-main'. Dalam erti kata lain, tidak
memaksa penonton mempercayai apa yang berlaku, tetapi pada masa yang
sama boleh menikmati susur galur cerita dengan penuh keseronokan.

Warm Bodies tidak seperti Twilight yang berusaha keras menjadi epik
drama, sebaliknya sebuah naskhah romantik komedi (atau slanganya
zomedi).

Filem ini mengisahkan seorang jejaka zombi yang hanya mengingati
huruf pangkal namanya, R (lakonan Nicholas Hoult). Dia berkeliaran tanpa
arah tujuan pada era akhir zaman, tanpa mengingati apa yang berlaku
sebelumnya.

Pada waktu ini, dunia dihuni tiga kelompok makhluk iaitu manusia (humans), mayat (corpses) dan rangka (bonies).
Manusia membina kubu dan tembok untuk memisahkan mereka dari dua
kelompok tadi. Manusia juga sedaya-upaya memusnahkan musuh-musuh ini dan
cuba memiliki dunia semula.

R termasuk dalam kategori mayat iaitu zombi tipikal yang cuba
mengelak dari dibunuh manusia, manakala rangka ialah kelompok yang
paling jahat dan ditakuti kerana sangat agresif dalam memburu manusia
untuk dimakan.

Warm Bodies disampaikan melalui pandangan R, di mana sepanjang
cerita, penonton akan mendengar 'suara hati dan pemikirannya' tentang
apa yang berlaku. Ini memberi ruang untuk penonton berhubung dan
memahami dunia zombi yang seakan menjadi mangsa keadaan.

Saya tertarik dengan babak pembukaan yang menunjukkan R seakan
terasing walaupun dikelilingi ramai zombi. Ia seolah metafora bahawa
kesepian itu sama seperti satu kematian dan juga petunjuk R berbeza dari
zombi-zombi yang lain.

Dalam satu pertempuran di antara puak zombi dan manusia, R membunuh
seorang lelaki bernama Perry (lakonan Dave Franco) yang cuba
menembaknya. Dan untuk mendapatkan semula ingatan bagaimana rasanya
menjadi manusia, R telah memakan otak Perry.

Pertempuran itu juga menemukan R dengan Julie (Theresa Palmer) iaitu
kekasih kepada Perry. Atas dasar simpati (atau mungkin kerana telah
'mengenali' Julie melalui 'memori' Perry), R menyelamatkan gadis itu
dari diserang zombi. Lalu bermulalah satu pertalian dan persahabatan
yang aneh.

R cuba untuk menjadi manusia semula dan di sini penonton dapat
merasakan sifat perwira yang ada di dalam karakternya. Dia menjadi
mangsa keadaan yang tersepit sama ada untuk menyebelahi puak zombi atau
sebaliknya.

Julie yang pada awalnya tertekan kerana menjadi 'mangsa tebusan' R,
akhirnya belajar untuk menerima lelaki itu. Sudah tentu wujudnya dilema
untuk pasangan ini, lebih-lebih lagi apabila hubungan mereka diketahui
bapa Julie, Kapten Grigio (John Malkovich) yang mengetuai misi
menghapuskan puak bukan manusia.

Untuk sebuah filem komedi romantik, konflik yang dibawakan Warm Bodies
menjelang ke penamat agak berat. Begitupun, kebijaksanaan Levine dalam
mengolah skripnya yang diselang selikan dengan jenaka tidak keterlaluan,
menjadikan suasana tontonan tidak begitu menekan.

Secara kasar, apa yang ditawarkan Warm Bodies tidaklah begitu
asli, tetapi pendekatan yang dibawakan Levine dalam menyampaikan cerita
agak segar. Saya tidak pasti jika ilham itu diambil dari novel kerana
saya tidak membacanya, tetapi Levine menjadikan ia berfungsi dengan baik
di layar perak.

Hoult menghidupkan watak R dengan cukup sifat sebagai zombi yang
keliru, dalam masa sama berupaya menjadi pemberontak, tetapi masih
menawan. Dia seorang yang gagap, tetapi dalam pemikirannya (menerusi
suara latar), dia mampu bercakap dengan normal dan masih bersifat
kemanusiaan.

Filem ini mengukuhkan lagi nama Hoult sebagai bintang baru Hollywood
yang harus diperhatikan, apatah lagi projek-projeknya yang lain juga
tidak kurang hebat dari aspek publisiti dan pembikinan seperti Jack The Giant Slayer (2013).

Sementara itu, Palmer sebagai Julie tidak menjengkelkan seperti
Kristen Stewart sebagai Bella. Barangkali kerana karakter itu sendiri
yang 'berisi' dan dewasa, tidak sekadar seorang gadis yang lemah dan
tidak tahu membuat keputusan.

Solekan zombi agak minimal, tidak terlalu mencuba untuk
menakut-nakutkan, walaupun efek yang dihasilkan untuk puak rangka agak
menyeramkan, apatah lagi dalam suasana gelap dengan pergerakan mereka
yang pantas.

Walaupun penyudah filem ini agak bercirikan 'Disney' iaitu kegembiraan, tetapi Warm Bodies memberikan satu perspektif baru yakni zombi tidak akan selamanya 'mati'.

Zombi di dalam filem ini mampu untuk berevolusi ('evolve') sebagai hero ataupun 'devolve' menjadi rangka. Ia adalah dongeng percintaan ala Romeo dan Juliet atau Beauty and the Beast dalam era milenium serba kreatif hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130307/hi_02/Warm-Bodies#ixzz2grE0xIg5

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-37964126399381668912013-02-21T00:00:00.000+08:002013-02-23T15:25:41.223+08:00FLIGHT (2012)

'Penerbangan' emosi dan psikologi

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

(syazwan_zakariah@astro.com.my)

Keselamatan penumpang terletak di tangan Whip Whitaker.

FLIGHT 'berlepas' dengan babak pembukaan yang cukup mendebarkan. Tiga
puluh minit pertamanya membuatkan penonton sesak nafas, membayangkan
jika kita sendiri berada dalam situasi cemas lagi menakutkan itu.

Denzel Washington memainkan peranan juruterbang bernama Whip Whitaker
yang harus menyelamatkan penumpang dari nahas kapal terbang terhempas.

John Gatins selaku penulis lakon layar bersama pengarah Robert Zemeckis (Forrest Gump, 1994) memperincikan setiap detik, lengkap dengan terma-terma penerbangan, membuatkan penonton bingung dan tidak senang duduk.

Kerja kamera yang bergegar membayangkan kapal terbang berada dalam
keadaan terumbang-ambing dan sedang menjunam ke tanah. Bagasi
berterbangan, penumpang berteriak dan anak-anak kapal sendiri panik.

Whitaker mengambil risiko untuk menterbalikkan kapal terbang dalam pusingan 360 darjah sebelum mendarat di sebuah padang.

Babak ini antara yang paling mengujakan dan mampu menjadi antara adegan paling ikonik di Hollywood.

Enam terbunuh termasuk dua pramugari, manakala yang lain selamat
walaupun mengalami kecederaan. Whitaker dimasukkan ke hospital untuk
rawatan, namun sedikit malang buat pembantunya yang koma dan patah
anggota badan.

Sebaik saja babak kapal terbang terhempas selesai, mood filem ini
serta-merta berubah. Ia bukan lagi sebuah filem aksi atau thriller
seperti yang anda bayangkan berdasarkan treler.

Sebaliknya, Flight ialah sebuah drama gelap yang menganalisa
karakter Whitaker sebagai kaki mabuk dan penagih. Laporan kesihatan
mendapati sistem badannya menampung jumlah alkohol dan kokain dalam
kuantiti yang besar.

Dia boleh dihukum penjara seumur hidup sekiranya tahap toksik di
dalam badan menjadi punca kecuaian dan tragedi. Siasatan demi siasatan
dijalankan dan Whitaker harus menerima hakikat bahawa dia seorang yang
membahayakan.

Filem ini mengingatkan saya kepada filem terawal arahan Zemeckis, Cast Away
(2000). Ia bermula dengan 'nada' yang besar, huru-hara dan mengejutkan,
tetapi perlahan-lahan bertukar mood menjadi sebuah drama psikologi yang
cuba mendalami dan memahami perasaan watak utama.

Flight mendekati kisah seorang lelaki yang tidak mampu menahan ketagihannya, yang menghantui hidupnya bertahun-tahun lamanya.

Rumah tangganya juga berantakan kerana kelakuan itu. Latar belakang
Whitaker membuatkan penonton berada dalam dilema, sama ada mahu
menyebelahi atau membenci.

Selama mana dia ingin menjadi pemabuk dan menafikan dia penyebab
kapal terbang hampir terhempas? Walau mungkin insiden itu disebabkan
faktor teknikal, sanggupkah dia selamanya meletakkan nyawa para
penumpang dalam risiko di atas ketagihannya?

Gatins berjaya menulis skrip yang dinamik dengan naratif yang bermain
dengan konfrantasi dalaman. Penonton turut terlibat dalam krisis dan
perjuangan mental Whitaker, menjadikan filem ini seakan perhubungan dua
hala.

Selepas sekian lama menumpukan projek filem-filem animasi, antaranya The Polar Expres (2004) dan A Christmas Carol (2009), Zemeckis menghasilkan semula filem yang melibatkan manusia sebenar sebagai pelakon.

Kembalinya Zemeckis tidak mengecewakan. Stail pengarahannya tetap
kemas dan efisien, meskipun jalan cerita ini, jika silap ditangani,
mempunyai kecenderungan untuk membuatkan penonton bosan.

Dia membuat keputusan yang tepat apabila meletakkan Washington
sebagai peneraju. Setiap pergerakan, tutur kata dan mimik mukanya adalah
Whitaker dan sangat meyakinkan.

Pembangunan watak Whitaker dikendalikan Washington dengan baik.

Ada masanya penonton bermohon agar dia cepat dihukum kerana degil
untuk berubah, tetapi ada masanya penonton bersimpati melihat linangan
air matanya dan berharap dia diberikan peluang.

Lingkungan emosinya bertukar-tukar, di antara sifat seorang duda
pemabuk yang sentiasa gembira dengan lelaki yang kesedihan kerana sedar
diri tidak berguna.

Selayaknya Washington menerima pencalonan Oscar yang keenam menerusi
filem ini, selepas kali terakhir menang Aktor Terbaik dalam Training Day (2002).

Melengkapi persembahannya ialah Don Cheadle sebagai peguam yang cuba
menyelamatkan Whitaker, juga kemunculan John Goodman yang komikal
walaupun hanya dalam dua babak.

Goodman memberi 'kelegaan' sebentar kepada susur cerita yang menekan,
meletakkan dia sebagai seorang aktor yang boleh diharapkan untuk watak
yang kelihatan tidak penting, tetapi perlu.

Bagaimanapun, terdapat babak atau subplot yang saya rasakan agak longgar.

Saya tidak begitu percaya bagaimana seorang juruterbang dengan 20
tahun pengalaman boleh tertarik dan dapat mencari persamaan dengan
seorang penagih wanita yang tidak mempunyai kehidupan stabil.

Saya tidak pasti jika peranan Nicole itu yang agak mendatar atau
lakonan Kelly Reilly yang membosankan. Keserasiannya dengan Washington
kurang menjadi, membuatkan saya tidak begitu peduli dengan nasib Nicole
berbanding Whitaker.

Saya sukakan penamat filem ini. Walaupun menepati jangkaan, ia sangat
tulus dan menampilkan kebenaran selama mana seseorang itu mampu
berbohong kepada diri sendiri.Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-88211324141541512702013-02-14T00:00:00.000+08:002013-02-15T12:51:02.291+08:00HUSIN, MON DAN JIN PAKAI TONCIT (2013)

Kak Limah 'sengat' Husin

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

BARANGKALI Mamat Khalid sendiri tidak percaya Hantu Kak Limah Balik Rumah mampu mencatat kejayaan besar pada 2010 sehingga kutipan pawagam mencecah RM8 juta. Merupakan filem kedua dari trilogi Kampung Pisang, filem pertamanya, Zombi Kampung Pisang (2007) hanya memungut RM2.4 juta.

Kutipan box-office itu menterjemahkan keseronokan khalayak terhadap Hantu Kak Limah.
Dialog-dialognya menjadi ikutan; gerak laku dan bahasa tubuh
watak-wataknya, terutama Usop Wilcha menjadi ajukan; malah filem itu
juga menggerakkan ramai penerbit dan pengarah membikin naskhah komedi
seram.

Barangkali kerana tidak begitu tertekan untuk menyaingi filem terdahulu, Mamat dapat menghasilkan Hantu Kak Limah dengan
begitu relaks, babak demi babak tersusun cantik, serta jenakanya yang
jujur dan tepat pada sasaran. Mamat sangat bernasib baik pada masa itu.

Sudah pasti apabila filem ketiganya, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
hendak dibikin, Mamat meletakkan harapan dan jangkaan yang lebih
tinggi. Apatah lagi penonton. Mereka tidak sabar-sabar untuk mengikuti
semula telatah masyarakat Kampung Pisang yang penuh semangat ingin tahu,
gelabah dan cepat melatah.

Husin (lakonan Awie) pulang ke kampung dengan menaiki teksi sapu,
tidak lagi bermotor besar seperti dulu. Dia berhasrat menetap terus di
Kampung Pisang selepas hilang pekerjaan di Singapura akibat muflis
ditipu skim cepat kaya.

Kepulangan Husin bukan saja disambut para pengunjung tetap warung Pak
Jabit serta rakan-rakan, malah kekasih lamanya, Mon (Ezlynn) juga
muncul semula.

Suatu hari, Husin hilang dari kampung dan tidak dapat dikesan.
Kehadiran Dr. Samsudin (Rashidi Ishak) yang menawarkan bantuan
menimbulkan misteri.

Sebagai pencerita, Mamat sememangnya sinonim dengan humor yang
merapu, tetapi meninggalkan kesan. Perbualan-perbualan yang direka
selalunya ringkas, bukan saja boleh mencetuskan ketawa serta-merta,
malah dialog-dialog itu mampu diingati penonton untuk jangka masa yang
agak lama.

Begitupun, nikmat untuk gelak berterusan seperti menyaksikan Hantu
Kak Limah tidak dirasai. Penonton masih boleh terhibur, tetapi
sekejap-sekejap.

Mamat seolah tidak dapat mencari 'punch line' yang benar-benar
menyengat serta tempo komik yang tepat; menyukarkan Husin, Mon dan Jin
untuk memiliki momen-momen yang bersifat malar segar.

Jangan salah faham, saya tidak bermaksud ingin menonton satu lagi
filem Hantu Kak Limah atau meminta Mamat mengulang jenaka yang sama.
Tetapi, Husin, Mon dan Jin tidak selancar dulu dan kurang 'mengenggam'.

Husin, Mon dan Jin cuba membawa penonton ke arah penceritaan yang
lebih gelap. Jika Zombi dulu ialah kisah orang-orang kampung yang
sebenarnya terkena toksik, dan Kak Limah sebenarnya bukan hantu tetapi
wanita berusia yang kurang sihat, filem ketiga ini pula memang kisah
makhluk dari alam lain.

Bagi pengikut sejati Mamat serta pengkaji filem, karya-karyanya
sering dikaitkan dengan aspek sosio-budaya, termasuk perihal politik,
secara halus. Ini tidak salah, malah ia adalah sebahagian dari pemikiran
Mamat sendiri, baik untuk menghantar pesan, ataupun semata-mata sebagai
sindiran.

Namun, seperti yang ditawarkan dalam Hantu Kak Limah, Mamat
seharusnya memberi pilihan yang sama menerusi Husin, Mon dan Jin.
Penonton, dalam erti kata lain golongan massa, berhak menentukan sama
ada mahu gelak kosong, atau cuba memahami lapis-lapis tersirat, atau
kedua-duanya sekali.

Tanpa membaca semiotik (teori pemberian simbol, tanda atau metafora)
yang dicipta Mamat, penceritaan filem ini agak kabur. Motif Ayu menyamar
sebagai Mon tidak dijelaskan sehingga ke akhir cerita. Begitu juga
sebab mengapa Ayu/Mon yang juga kuasa jahat berebut dengan Jin untuk
memiliki Husin.

Benar, Mamat ada menceritakan sejarah Kampung Pisang yang pernah
membuat perjanjian syaitan, namun mengapa Jin itu hanya mengidamkan anak
teruna? Dan mengapa hanya Husin, secara khususnya menjadi idaman?
Adakah Husin teruna terakhir yang wujud di Kampung Pisang? Persoalan ini
tiada jawapan.

Awie mengekalkan konsistensi lakonannya untuk watak Husin, begitu
juga dengan watak pembantu yang sangat ikonik seperti Pak Abu (Zami
Ismail), Pak Jabit (Man Kadir) dan Usop Wilcha (Shy8). Interaksi sesama
watak ini cukup serasi, malah dirasakan lebih kuat berbanding dua filem
sebelumnya.

Watak-watak tambahan seperti Wan Kaswi (Azwan Annuar) dan pemandu van
ambulan, Zulfekar (Zainuri Misfar) dulunya dianggap 'secukup rasa' dan
sekadar penambah perisa.

Kini, apabila mereka diberikan lebih masa tayangan dan dialog, mereka
seolah tidak mampu menggalasnya - menjadikan lakonan mereka yang
sememangnya kaku sejak awal tidak lagi boleh dihadam.

Menyentuh tentang kesan khas, saya tidak pasti jika Mamat sengaja
mencipta imej-imej makhluk itu dengan sedikit sentuhan kartun atau
kelemahan jabatan grafik. Namun demikian, rupa dan perasaan yang
ditampilkan bersesuaian dengan sifat filem ini yang tidak masuk akal
seperti Mamat bayangkan.

Tiada yang mengejutkan dalam lakonan Ezlynn. Adegan duet Mon bersama Husin menerusi lagu Lamunan Terhenti juga gagal menyaingi, atau setidak-tidaknya menjadi adegan kenangan, seperti mana dendangan Cinta Kristal dari Husin kepada Cik Nin dalam Hantu Kak Limah.

Inilah risikonya apabila filem prekuel mencatat sukses yang besar. Perbandingan tidak boleh dielakkan.

Begitupun, dengan lengkapnya trilogi ini, roh serta semangat Kampung
Pisang akan terus dikenang sebagai karya yang mengingatkan Melayu
tentang asal-usulnya, seperti mana komedi-komedi lama dari A.R Badul
atau filem kelakar seram klasik, antara lain Setinggan (1981) dan Toyol (1981). Syabas Mamat.Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-48730583932274217442013-01-24T00:00:00.000+08:002013-01-28T21:10:30.479+08:00THE IMPOSSIBLE (2012)

'Diskriminasi' keajaiban

Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)

THE Impossible merupakan adaptasi kisah benar pengalaman
sebuah keluarga yang berasal dari Sepanyol. Untuk sebab yang saya kurang
pasti mengapa (pemasaran barangkali), keluarga Belon ditukarkan nama
menjadi keluarga Bennett yang berasal dari Britain tetapi bermastautin
di Jepun.

Mereka merupakan mangsa yang terselamat dari Tsunami, bencana alam yang paling menggerunkan pada 26 Disember 2004.

Mereka ialah Henry (lakonan Ewan McGregor), seorang ahli perniagaan;
isterinya Maria (Naomi Watts), seorang doktor dan tiga anak mereka,
Lucas (Tom Holland); Thomas (Samuel Joslin) dan Simon (Oaklee
Pendergast).

Mereka tiba di sebuah resort di Khao Lak, Thailand sehari sebelum
Krismas. Sebaik saja tsunami melanda, penonton menyaksikan pergelutan
Maria dan Lucas melawan arus deras, bertarung nyawa untuk terus berada
di permukaan ombak besar.

Apabila air surut, Lucas bersama Maria yang cedera teruk di kaki
harus meneruskan ikhtiar hidup tanpa mengetahui nasib Henry, Thomas dan
Simon. Lucas harus menjadi lebih matang dari usia sebenar - untuk
menjaga ibunya dan untuk menentukan apa yang harus dilakukan selepas
bencana berlaku.

Mustahil untuk pengarahnya, Juan Antonio Bayona (yang berasal dari
Sepanyol) memuatkan segala kemusnahan, kehilangan dan ketakutan yang
berlaku akibat tsunami. Skopnya terlalu besar dan ribuan manusia di
Thailand, tidak termasuk di Indonesia, Malaysia, India dan Myanmar yang
menjadi korban.

Justeru, apa yang dilakukan Bayona dan penulis skrip Sergio G. Sanchez ialah memberi tumpuan kepada satu keluarga saja.

Ini bukan kali pertama kisah tsunami difilemkan, antaranya siri televisyen HBO, Tsunami: The Aftermath (2006) dan Hereafter arahan Clint Eastwood (2010).

Setiap satu mempunyai misi dan fokus yang berbeza agar penceritaan
lebih efektif dan mendalam, tetapi masih mewakili perasaan yang serupa,
yakni perasaan universal manusia dalam mengharungi dan mendepani
kecelakaan itu.

Mujurlah apa yang dipaparkan dalam The Impossible tidak seperti filem-filem kemusnahan yang lain, sebagai contoh The Day After Tomorrow (2009) dan 2012 (2009); yang dilihat sebagai produk blokbuster yang melebih-lebihkan kesan khas semata-mata untuk hiburan berbanding emosi dan jalan cerita.

Sepuluh minit selepas The Impossible bermula, penonton berasa
resah dan tidak selesa dengan visual bencana yang dipaparkan. Kerja
kamera Oscar Faura dengan tona kuning kejinggaan, terutamanya babak
Maria dan Lucas di dalam air membuatkan penonton sendiri 'lemas',
dibantu skor muzik yang berpadanan.

Pengarahan Bayona ringkas dan lurus, menampilkan babak demi babak
dengan tersusun walaupun secara jelasnya penonton dapat mengagak kesemua
ahli keluarga Bennett bakal bersatu semula kerana ini kisah benar. Cuma
cara bagaimana mereka bertemu didramatikkan oleh Bayona dalam gaya
Hollywood.

Pengarah yang pernah menghasilkan The Orphanage (2007) ini
bertuah kerana berupaya menggilap bakat cemerlang Holland. Watak Lucas
'menerajui' hampir keseluruhan filem dengan persembahan yang terkawal,
matang dan tidak dibayangi pelakon dewasa seperti Watts dan McGregor.

Watts yang dicalonkan dalam anugerah Golden Globe dan Oscar untuk
filem ini, membuktikan dia antara pelakon terbaik dari generasinya. Saya
masih terkilan namanya tidak tersenarai menerusi King Kong (2005) - kerana banyak berlakon bersendirian di skrin hijau - akhirnya terbalas dengan pencalonan tahun ini.

Jeritannya ketika berpaut di pokok kelapa dalam arus deras, serta
raungannya ketika diheret dalam lumpur akibat kaki yang tidak mampu lagi
berjalan, menjadi antara babak yang menghantui.

Walaupun di pertengahan ke penghujung filem dia hanya terlantar di
atas katil, raut wajahnya yang pucat lesu begitu meyakinkan. Watts hebat
menterjemah penderitaan dan trauma yang dialami hanya melalui ekspresi.

Bagaimanapun, saya mempunyai sedikit masalah dengan The Impossible.

Benar, filem ini adalah kisah keluarga Bennett dan sememangnya mereka
menjadi fokus utama. Namun, apa yang meresahkan saya ialah 'kejahilan'
pihak produksi yang seolah menyifatkan tragedi tsunami hanya dialami
pelancong berkulit putih. Sejak awal lagi, penduduk tempatan hanya
menjadi subjek latar.

Orang Thailand hanya dipaparkan sebagai pelayan tetamu di resort,
kemudian sebagai orang kampung yang memberi bantuan, pekerja-pekerja
hospital, pemandu trak dan lori, serta anak-anak kecil yang kehilangan
keluarga.

Selaku orang Asia, saya sedikit tersinggung dengan pendekatan yang
seolah 'mendiskriminasi'. Semasa babak di hospital, hampir kesemua
pesakit adalah orang berkulit putih. Babak ketika Maria dan Lucas dalam
perjalanan ke hospital, yang ditunjukkan terdampar di tepi-tepi jalan
juga orang berkulit putih saja.

Ketika Henry mahu mengecam mayat-mayat bergelimpangan dalam usaha
menjejaki keluarganya, yang ditunjukkan juga hanyalah mangsa berkulit
putih. Bayona dan Sanchez seharusnya teliti dan sensitif dalam hal-hal
sebegini kerana jumlah orang tempatan yang terlibat pastinya jauh lebih
ramai dari pelancong.

Penamat filem ini, ya, tidak dinafikan menyentuh perasaan. Mereka
sekeluarga diterbangkan pulang dengan pesawat khas dan Maria bakal
dirawat terlebih dulu di sebuah hospital di Singapura. Namun, melihatnya
dari perspektif yang lain, saya berasa simpati dengan mangsa tsunami
yang tidak sebertuah mereka.

The Impossible adalah filem yang ingin memaparkan semangat insani dan
'keajaiban' yang diterima keluarga Bennett. Selebihnya, mereka hanyalah
golongan berpendapatan tinggi yang mana percutian mereka 'terganggu',
berbanding orang tempatan yang menetap di situ dan kehilangan segalanya
Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-24393675957586841732013-01-10T00:00:00.000+08:002013-01-28T21:06:44.717+08:00LES MISERABLES (2012)

Penderitaan yang diraikan

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

(syazwan_zakariah@astro.com.my)

JIKA anda bukan peminat muzikal (bukan Hindustan, tetapi cerita yang
lebih banyak menyanyi dari bercakap), barangkali anda patut mengabaikan
saja Les Miserables. Peringatan ini diberikan kerana ia berdurasi
hampir tiga jam dan anda mungkin berasa bosan jika tidak pernah
mengetahui apa-apa mengenainya.

Les Miserables merupakan naskhah adaptasi dari novel tulisan Victor
Hugo (1862) yang bermaksud The Miserable Ones atau Mereka Yang
Menderita. Ia dipentaskan pertama kali di Paris pada 1980 sebelum ke
West End pada 1985 dan Broadway pada 1987, serta ke layar perak pada
1998 lakonan Liam Neeson.

Ia adalah karya legenda yang sudah dipentaskan di merata dunia -
dengan jalan cerita yang sudah diketahui para pengikutnya, serta
lagu-lagunya yang sudah dirakamkan beratus kali hasil ciptaan Alain
Boublil dan Claud-Michel Schonberg.

Justeru, Tom Hooper menggalas tugas yang amat berat untuk memberikan
sakti terhadap interpretasi yang baru, apatah lagi selepas namanya
dijulang sebagai Pengarah Terbaik Oscar menerusi The King's Speech (2010). Di tangannya, Les Miserables menjadi sebuah lagi produk epik Hollywood yang bercita-cita besar.

Secara ringkas, karya ini mengikuti perjalanan hidup Jean Valjean
(lakonan Hugh Jackman), seorang bekas banduan yang dipenjarakan selama
19 tahun atas kesalahan mencuri sebuku roti.

Dia cuba memulakan hidup baru dengan menukar nama, lebih-lebih lagi
dia masih diburu pegawai parol, Javert (Russell Crowe), inspektor yang
bertanggungjawab memenjarakannya.

Ingin menebus dosa silam, Valjean yang ketika itu menjadi Datuk
Bandar di Mountreuil, membuat janji kepada seorang wanita teraniaya yang
terpaksa menjadi pelacur bernama Fantine (Anne Hathaway). Valjean
berikrar untuk menjaga anaknya, Cosette sebelum bermulanya era revolusi
di Perancis.

Kisah diteruskan sehingga Cosette dewasa (Amanda Seyfried) dan jatuh
cinta kepada Marius Pontmercy (Eddie Redmayne), seorang pejuang bersama
rakan-rakannya yang digelar The Friends of The ABC. Tidak menghairankan filem ini menjangkau durasi yang panjang kerana banyak yang hendak diceritakan.

Di sebalik set, props dan kostum yang kelihatan spektakular (hasil
rekaan produksinya sangat cemerlang), saya terbaca di Internet terhadap
kritikan beberapa pemerhati yang kurang menyukai gaya pengarahan Hooper,
terutamanya dari aspek sinematografi kendalian jurukamera Danny Cohen.

Sebagai penonton biasa yang tidak begitu arif tentang teknikal, saya
menganggap tangkapan imej yang dilakukan itu relevan dengan tema cerita -
gambaran suasana yang sengasara, kelam, suram, tidak terjangka dan
sedikit huru-hara.

Beberapa shot mungkin membuatkan penonton rasa gelisah kerana
tidak stabil tetapi barangkali ia disengajakan. Hooper dan Cohen harus
mencari jalan yang paling efektif, bukan saja untuk menyampaikan cerita
tetapi merakamkan emosi barisan pelakon yang mencuba sehabis baik
menyanyi secara langsung.

Salah satu kelebihan filem berbanding pementasan ialah penonton dapat
melihat dengan jelas segala reaksi dan bahasa tubuh pelakon, dan ini
yang dipergunakan sepenuhnya oleh Hooper.

Beberapa babak nyanyian solo dirakamkan dengan shot close-up, contoh paling ketara semasa Hathaway menyanyikan I Dreamed A Dream.
Dengan satu lagu ini saja sudah cukup melayakkan dia menerima trofi
Oscar. Adegan yang membabitkan Hathaway tidak banyak, tetapi cukup
meninggalkan impak.

Kerana Hooper mahu bintangnya menyanyi secara langsung semasa
penggambaran (tidak seperti kebanyakan filem muzikal lain yang merakam
vokal terlebih dulu di studio), Les Miserables mempunyai pasukan suntingan bunyi yang sangat hebat.

Kehalusan dan kejelasan setiap dendangan diadun dengan baik, sebati
dengan skor orkestra yang dimasukkan kemudian semasa pos-produksi, juga
dengan bunyi sekeliling. Jika tidak menang Oscar pun, ini satu lagi
inovasi dan pencapaian kreatif dari Hooper yang boleh dibanggakan.

Rakaman nyanyian secara langsung memberikan pelakon lebih kebebasan
untuk mengekspresikan diri, menghasilkan bunyi yang lebih 'mentah' dan
asli. Dalam beberapa babak, mungkin suara pelakon utama tenggelam oleh
nyanyian suara latar yang ramai, tetapi secara keseluruhan, ia tidak
mencacatkan apa-apa.

Sebagai Valjean, Jackman menumpahkan segala keringat dan
keupayaannya. Dia merupakan pilihan yang tepat untuk menggalas peranan
ikonik itu. Dia bukanlah penyanyi terhebat, tetapi di skrin Les Miserables, dia menjadi Valjean dengan sempurna, terutamanya semasa membawakan lagu tema What Have I Done.

Sayang sekali bagi Crowe sebagai Javert. Dia berusaha keras agar
nyanyiannya tidak sumbang, menjadikan lakonannya tidak fokus, kaku dan
membosankan. Begitu juga dengan Seyfried sebagai Cosette dewasa, di mana
peranannya dilihat hanya satu dimensi. Ya, dia boleh menyanyi dengan
baik tetapi sekadar itu saja.

Les Miserables pastinya mendapat banyak pencalonan Oscar, antara yang
diramalkan untuk lakon layar adaptasi dan pengarahan selain kategori
teknikal. Namun, saya hanya berani bertaruh untuk Hathaway membawa
pulang trofi emas itu.Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-63870118402805970082012-12-20T00:00:00.000+08:002012-12-21T17:14:26.640+08:00THE HOBBIT: AN UNEXPECTED JOURNEY (2012)

Mudah yang dirumitkan

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH

(syazwan_zakariah@astro.com.my)

PENGARAH Peter Jackson pernah mengagumkan dunia apabila berjaya
memadatkan hampir ke semua perincian dari naskhah asal tulisan J.R.R
Tolkien, The Lord of the Rings (LOTR) menjadi filem trilogi (2001-2003).

Kerana kehebatan itulah, filem ketiganya, The Return of the King
diangkat sebagai Filem Terbaik Oscar - sesuatu yang jarang berlaku
kerana karya genre pengembaraan fantasi lazimnya tidak berpeluang menang
trofi utama. Jackson juga menang anugerah Pengarah Terbaik selain
sembilan kategori lain.

Sembilan tahun selepas trilogi itu berakhir, Jackson kembali membawakan prekuelnya, The Hobbit. Juga dihasilkan dalam tiga bahagian, filem pertamanya, An Unexpected Journey memulakan kisah yang berlaku kira-kira 60 tahun sebelum kronologi dalam LOTR berlangsung.

Bagaimanapun, untuk The Hobbit, Jackson mendepani cabaran
berbeza apabila harus 'memanjangkan' novel yang hanya setebal 300
halaman menjadi tiga bahagian filem. Dan di sinilah berlakunya sedikit
'masalah' apabila yang mudah harus dirumitkan bagi mengisi masa atau
atas alasan agar segalanya lebih jelas.

Jika LOTR mengisahkan perantauan orang-orang kerdil untuk menyelamatkan dunia, The Hobbit menceritakan bagaimana golongan ini berperang untuk mengambil semula jajahan mereka yang dirampas seekor naga bernama Smaug.

Bilbo Baggins (lakonan Martin Freeman) 'dipaksa' oleh ahli sihir yang
disegani, Gandalf (Ian McKellen) untuk menyertai pengembaraan mereka ke
tempat jajahan itu yang dipanggil Erebor. Selain Bilbo, misi itu
disertai 13 orang kerdil lain yang diketuai bekas rajanya, Thorin
Oakenshield (Richard Armitage).

Sebelum sampai ke Lonely Mountain dan seterusnya ke Erebor, mereka
harus merentasi hutan belantara dan gunung-ganang. Mereka juga harus
bertarung dengan penjaga setiap lembah dan daerah yang memusuhi mereka
seperti Goblins, Orcs, Wargs, Shapeshifters juga labah-labah gergasi.

Dalam perjalanan inilah, di bawah terowong Goblin yang gelap dan
basah, Bilbo bertemu dengan Gollum (lakonan Andy Serkis menggunakan
teknik motion capture). Secara tidak sengaja, dia menjumpai cincin emas milik makhluk itu yang bakal mengubah nasib golongan Hobbit selamanya.

Jika trilogi LOTR bergerak dalam nada yang sesuai untuk mengisi setiap peristiwa, The Hobbit
dirasakan seperti meleweh, meletakkan banyak babak yang tidak penting
tetapi perlu demi elemen dramatik dan untuk menjadikannya 'epik'.
Jackson harus patuh dengan durasi lebih dua setengah jam yang diberi.

The Hobbit sepatutnya mampu berdiri sendiri sebagai sebuah filem baru
tetapi penonton tidak dapat menolak untuk membandingkannya dengan filem
pertama LOTR: The Fellowship of the Ring. Ini kerana struktur
penceritaannya dibina seakan-akan sama, iaitu seorang insan kerdil yang
biasa terpilih menjadi wira.

Menyentuh tentang struktur, Jackson juga membuat keputusan dengan
meletakkan karakter-karakter penting daripada LOTR dalam beberapa babak.

Jika diikutkan, penampilan mereka belum lagi membawa signifikan yang
besar untuk filem pertama ini. Dia seakan sengaja memunculkan Frodo
(Elijah Wood), Saruman (Christopher Lee) dan Galadriel (Cate Blanchett)
sebagai 'bonus' untuk peminat setia sedangkan dari aspek naratif, ia
tidak membantu penceritaan.

Seperti James Cameron yang menghasilkan keupayaan baru dalam Avatar (2010), Jackson juga mahu mencipta keajaiban menerusi teknologi terkini. Dia menggunakan teknik High Frame Rate (HFR) dengan setiap saat menggunakan 48 bingkai imej pegun berbanding teknik filem biasa iaitu 24 bingkai sesaat.

Tidak dinafikan, visual tiga dimensi yang terhasil dari teknik itu
sangat terang, tajam dan menakjubkan - ibarat menyaksikan orang-orang
sebenar di depan mata, berbanding menonton filem. Begitupun, saya
mengesyaki kerana Jackson taksub dengan ketelitian visual, penceritaan The Hobbit jadi sedikit tersasar.

Filem ini bermula dengan memperkenalkan setiap ahli 'rombongan',
mereka bergurau dan menyanyi, sebelum perjalanan mereka diuji. Ini
mengingatkan saya kepada rentak perjalanan sebuah lagi filem arahan
Jackson, King Kong (2005) yang momentumnya berjalan pantas hanya selepas hampir sejam.

Babak kejar-mengejar di terowong Goblin mengingatkan saya kepada
pelarian golongan Hobbit di lombong Moria dalam filem kedua LOTR, The Two Towers.
Aksi-aksi dalam filem ini seumpama versi sambungan kepada filem
terdahulu tetapi dilebih-lebihkan kerana ingin memanipulasi teknik baru
48 bingkai sesaat.

Tidak seperti LOTR: The Fellowship of the Ring yang agak
beremosi, penonton tidak dapat merasai apa-apa hubungan dengan
watak-watak yang dipersembahkan. Benar, beberapa adegan berjaya
menggeletek hati penonton kerana kelucuannya tetapi perasaannya sekadar
itu.

Namun saya menyukai babak-babak yang melibatkan Gollum terutamanya
ketika dia dan Bilbo bermain teka-teki demi muslihat masing-masing.
Serkis sekali lagi membuktikan dialah 'raja motion capture' selepas menggunakan teknik sama sebagai Caesar dalam Rise of the Planet of the Apes (2011).

Freeman juga menyerlah dan disenangi sebagai Bilbo, meletakkan
persembahannya setara dengan hero dari trilogi LOTR iaitu Frodo. Cuma
solekan Gandalf dirasakan agak 'malas' kerana dia nampak lebih tua dari
LOTR, sedangkan The Hobbit adalah tempoh masa yang berlaku sebelumnya.

Keseluruhannya, The Hobbit tidaklah teruk. Ia masih mampu
menghiburkan menerusi imej-imej memukau, ditambah dengan persembahan
lakonan yang baik. Sayang sedikit kerana kelebihan itu dirosakkan oleh
komposisi yang tidak kemas dan keupayaan Jackson sebagai pencerita yang
hebat seakan hilang.

Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-20264702558354665312012-12-06T00:00:00.000+08:002012-12-07T11:43:22.665+08:00LIFE OF PI (2012)

Kehidupan yang penuh takjub
Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)

Pada era sinema hari ini, penonton menjadi semakin cerewet dan sukar dipuaskan kerana mempunyai banyak pilihan. Seringkali filem yang memberi tumpuan kepada kesan khas ‘diperlekeh’ dan dilabel sekadar hiburan komersial tanpa kekuatan jalan cerita atau pengarahan yang baik untuk menyokongnya.

Apabila menyentuh isu kualiti, penonton malah pengkritik, cenderung memilih tema-tema berat sebagai contoh, terutama sekali filem epik atau era klasik yang dirasakan lebih ‘serius’ pembikinannya, antaranya dalam aspek lakonan.

Bagaimanapun, dunia harus berterima kasih kepada Ang Lee kerana setakat ini dia tidak pernah gagal mengimbangi tuntutan komersial dan kualiti; di antara kehendak pasaran/penonton dengan keinginan pengkritik. Melihatkan senarai arahannya, barangkali hanya Hulk (2003) yang sedikit tersasar dari jangkaan.

Nama Lee mula mengharum di seantero dunia menerusi naskhah aksi Crouching Tiger Hidden Dragon (2000) sebelum meraih trofi Pengarah Terbaik Oscar dengan Brokeback Mountain (2005). Kehebatannya diteruskan melalui drama thriller Lust, Caution (2007) dan komedi muzik Taking Woodstock (2009).

Menerusi Life of Pi, Lee memberikan sebuah adikarya yang berfungsi dalam pelbagai peringkat – ia menghiburkan, mengagumkan malah memberi kesan yang mendalam. Bermula dari babak pertama sehingga yang terakhir, penonton tahu Lee memerah segala kudratnya untuk menjadikan filem ini satu realiti.

Diadaptasi dari novel popular tulisan Yann Martel, ramai yang menyuarakan kebimbangan kerana intipatinya yang sukar diterjemah ke dalam bahasa sinematik. Bercerita mengenai kewujudan Tuhan serta unsur-unsur falsafah dan spiritual, setiap pembaca buku tentu mempunyai imaginasi yang berbeza-beza.

Filem dibuka dengan karakter utama, Piscine Molitor atau Pi (lakonan Irffan Khan) yang bercerita tentang kisah hidupnya kepada seorang penulis (Rafe Spall). Kisah itu membawa mereka mengimbas sejarah Pi sejak dilahirkan dan ketaksubannya terhadap semua agama, dari Kristian, Buddha sehinggalah Islam.

Pengembaraan Pi (watak remaja dibawakan Suraj Sharma) bermula apabila bapanya memutuskan mereka sekeluarga berpindah dari India ke Kanada. Penghijrahan itu disertai haiwan-haiwan yang tinggal di dalam zoo milik bapa Pi yang dibakal dijual untuk mereka membina kehidupan baru.

Bagaimanapun, takdir menentukan kapal mereka tenggelam dilanda ribut. Pi menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat. Dia berjaya melepaskan diri dengan sebuah bot keselamatan yang turut ditumpangi seekor kuda belang, dubuk, orang utan dan seekor harimau yang dipanggil Richard Parker.

Pi kini terdampar di tengah-tengah lautan Pasifik di mana akhirnya tinggal dia dan Richard Parker saja yang terus berjuang untuk hidup. Naratif filem ini berulang-alik di antara Pi dewasa bercerita kepada penulis dengan imej-imej keberaniannya di atas bot untuk ‘menjadi sahabat’ kepada seekor binatang buas.

Apa yang menarik ialah Martel selaku penulis asal dan David Magee sebagai penulis lakon layar tidak cuba ‘menjadikan’ harimau itu seorang manusia. Penonton masih dapat merasakan keterbatasan dua mamalia ini untuk berkomunikasi, tetapi ada ruang bertolak ansur demi survival di tengah laut.

Life of Pi bukan sekadar sebuah cereka tentang ikhtiar manusia dan segala kepayahannya. Kewujudan Richard Parker seolah satu simbol untuk kita menilai ‘apa yang membezakan manusia dan haiwan’ atau ‘mampukah manusia bertukar menjadi haiwan’ dalam situasi-situasi genting sebegitu.

Salah satu babak yang menyentuh perasaan ialah ketika Richard Parker meninggalkannya tanpa berpaling, mengingatkan Pi tentang kehilangan ahli keluarganya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Dia juga percaya obsesinya terhadap konsep agama secara universal menjadi ‘pelampung’ untuk dia terus bertahan. Dia mula memahami pesan bapanya ketika dia kecil bahawa ‘agama itu tentang kegelapan’ yang memberikan maksud tersirat yakni menerusi kepercayaan, segala ujian hitam mampu ditempuh.

Kejayaan terbesar Lee ialah menjadikan bukunya yang berat kepada sebuah filem yang mudah dihadam sesiapa saja. Menerusi bantuan kesan khas, segala imaginasi dapat dilunaskan, bukan saja dengan baik, malah sangat cemerlang.

Sinematografer Claudio Miranda menangkap syot-syot yang menakjubkan, disokong kerja grafik yang paling baik untuk mana-mana filem tahun ini. Life of Pi mempunyai harapan cerah untuk menang Oscar dalam aspek kesan khas, malah berdasarkan kapasiti itu, mungkin tercalon untuk kategori Filem Terbaik.

Visi yang Lee ciptakan iaitu integrasi di antara lautan, seorang budak dan harimau, amat luar biasa. Penonton benar-benar percaya dan yakin dengan ‘lakonan’ Richard Parker, malah hembusan nafasnya, raut muka dan sosok tubuhnya kelihatan sangat bernyawa, walhal ia hanyalah satu ilusi kesan khas.

Pengalaman menonton filem ini barangkali mengingatkan kita kepada Cast Away (Robert Zemeckis, 2000). Penonton boleh terpaku di kerusi hampir dua jam dengan hanya menyaksikan seorang lelaki dan sebiji bola terdampar di pulau.

Namun, bonus yang diberikan Lee dalam Life of Pi ialah visual yang sangat cantik (lebih menarik jika ditonton dalam versi 3D kerana kehalusan buatannya), setanding mood sains fiksyen Avatar (2009) dan Hugo (2011).

Sebagai pelakon baru, Sharma dilihat sedaya upaya menghidupkan watak Pi, mengingatkan saya kepada persembahan pengenalan yang hebat dari pelakon seusianya seperti Rudy Youngblood (Apocalypto, 2006) dan Dev Patel (Slumdog Millionaire, 2008). Impresif, tetapi sayangnya bukan pilihan anugerah.

Sementara itu, Khan (The Namesake, 2006) walaupun hanya muncul beberapa babak sebagai Pi dewasa memberikan persembahan yang dinamik. Melalui penceritaannya, kita dapat merasai pengembaraan Pi. Dia bercerita bukan saja menerusi dialog, tetapi mimik wajah dan mata yang bercahaya.

Barangkali, penamat filem ini menimbulkan keraguan jika apa yang diceritakan Pi itu benar belaka atau sekadar rekaannya. Apa pun, sebagai pengarah, Lee sama sekali tidak mengecewakan, malah terus disanjung sebagai pengarah paling fleksibel dalam menangani sebarang genre. Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8938905969237269494.post-7359781440313171612012-11-29T00:00:00.001+08:002012-12-04T19:56:51.075+08:00THE PERKS OF BEING A WALLFLOWER (2012)

Pahit tetapi jujur

Oleh Syazwan Zakariah
syazwan_zakariah@astro.com.my

JANGAN terpedaya dengan treler filem ini. Ia kelihatan sangat 'menyeronokkan' dan penuh dengan warna ceria. Sekali imbas, sedutan itu memberi gambaran The Perks of Being a Wallflower hanyalah satu lagi karya tipikal tentang transisi remaja ke fasa dewasa, mengenai alam persekolahan dan dunia selepasnya.
Anda silap kerana filem ini lebih dari itu.
The Perks of Being a Wallflower ditulis dan diarahkan Stephen Chbosky yang juga penulis novelnya. Dia bertuah kerana mendapat kepercayaan untuk mengalihkan naskhah ini dari kertas ke layar perak mengikut visi yang dimilikinya sejak awal lagi. Bukan semua pengkarya berpeluang melakukannya.
Naskhah ini mengisahkan seorang pelajar bernama Charlie yang tidak dipedulikan kewujudannya. Pemalu, rendah diri, ulat buku dan membosankan, dia sebenarnya sedang melawan masa silamnya yang amat menakutkan.
Rakan baiknya mati membunuh diri. Ibu saudaranya pula meninggal dunia pada hari ulang tahunnya yang ketujuh dan dia rasa berdosa atas kematian itu - hal ini terjawab pada penghujung cerita. Tragedi-tragedi itu menyebabkan dia mengasingkan diri, bukan saja dengan komuniti malah keluarganya sendiri.
Charlie 'mengubat lukanya' dengan menulis jurnal, mendedikasikan tulisan-tulisannya ibarat sepucuk surat kepada seorang sahabat. Dia meluahkan segala yang terpendam seperti bercerita kepada seseorang yang tidak dikenali.
Suatu hari, Charlie memberanikan diri untuk menyapa seorang pelajar senior, Patrick yang sekelas dengannya. Charlie berasa selesa kerana Patrick menerima kehadirannya dengan tangan terbuka walaupun perangai mereka berlainan. Patrick mempunyai adik tiri bernama Sam dan mereka bertiga menjadi akrab.
Persahabatan itu membuka jalan untuk Charlie mengenal rakan-rakan lain. Dia mula mendengar lagu-lagu terkini kegilaan remaja, berparti serta menjadi penonton setia The Rocky Horror Picture Show. Matanya lebih 'terbuka' melihat dunia, dapat merasai kucupan pertama, juga merasa keliru jika sayang itu cinta.
Kerana Chbosky memahami karakter-karakter ciptaannya secara psikologi mahupun fizikal, dia berupaya mengarahkan setiap pelakon untuk menjadi dan merasai seperti apa yang dia bayangkan. Chbosky menghasilkan interaksi yang sangat tulen, yang mampu menimbulkan empati kita kepada setiap karakter.
Filem ini tidak hanya tertumpu kepada Charlie, meskipun dia plot penting. Penonton turut belajar tentang 'penderitaan' Patrick yang tersembunyi di sebalik sifat periangnya. Juga tekanan Sam untuk mendapat keputusan cemerlang, sekali gus membersihkan reputasinya yang dulu dianggap gadis murahan.
The Perks of Being a Wallflower meneroka emosi remaja-remaja ini dalam kekeliruan untuk menjadi 'seseorang' - satu perasaan yang kita semua pernah rasai. Biarpun masing-masing datang dari latar yang gelap, tersiksa dan rapuh namun mereka masih berharap agar segalanya baik-baik belaka kelak.
Ini tidak bermaksud filem ini mempunyai nuansa yang murung sepanjang masa. Chbosky tahu untuk mengimbangi di antara komedi dan babak-babak yang membuatkan penonton tersenyum; tetapi dalam sekelip mata mampu terhenyak dengan emosi apabila sejarah karakter utama terbongkar satu demi satu.
Chbosky tidak memperlekehkan kematangan penonton untuk mengerti apa yang dirasai Charlie. Dia juga tidak memberikan satu penamat yang pasti, sebaliknya realiti di antara sayu dan gembira. Menggunakan lagu Heroes dari David Bowie sebagai penutup memberi signifikan yang jelas tentang transformasi Charlie.
Memainkan peranan Charlie adalah satu kerja yang rumit tetapi ditangani cemerlang oleh Logan Lerman (Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief, 2010). Kita tidak melihat Lerman sebaliknya percaya dia adalah Charlie.
Setiap tutur kata dan tingkah lakunya telus malah sepuluh minit terakhir membuktikan persembahannya bertaraf anugerah.
Emma Watson pastinya menjadi tumpuan kerana ini merupakan filem terbesarnya selepas francais Harry Potter (2001-2011) berakhir. Dia memiliki segala yang diperlukan untuk watak Sam - bijak, cantik, cergas dan 'playful' tetapi masih sensitif.
Sesekali apabila Watson terbawa-bawa loghat British (watak Sam ialah gadis Amerika), kita akan teringatkan Hermione Granger. Namun perasaan itu segera hilang menyaksikan keserasian wataknya bersama Charlie dan Patrick lakonan Ezra Miller.
Miller (We Need To Talk About Kevin, 2011) mencuri perhatian penonton dalam setiap babak yang membabitkannya. Dia adalah 'pak lawak' tetapi dia juga mampu membuatkan kita tersentuh pada babak tertentu. Biarpun gambaran wataknya sebagai homoseksual agak stereotaip tetapi dia tidak menjengkelkan.
The Perks of Being a Wallflower mempunyai kumpulan pemain yang baik biarpun mereka sekadar pelakon pembantu dan tambahan. Misalnya, Paul Rudd sebagai cikgu bernama Mr. Anderson. Walaupun kemunculannya hanya dalam beberapa babak tetapi penting dalam penceritaan dan meninggalkan kesan.
Selain lakon layar yang kemas dan persembahan lakonan yang mengagumkan, skor muzik Michael Brook (Into The Wild, 2007) menyumbang kepada kekuatan filem ini. Alunan muziknya sepadan dengan 'gema' babak yang ditampilkan.
Pemilihan lagu-lagu runut bunyi juga yang dilakukan penyelia muzik Alexandra Patsavas (The Twilight Saga, 2008-2012) sangat bersesuaian dengan era latar 1990-an, menjadi simbol dan refleksi kepada selera remaja ketika itu.
The Perks of Being a Wallflower adalah filem tentang tumbesaran remaja tetapi olahannya tidak tipikal seperti kebanyakan yang lain, misalnya francais American Pie (1999-2012). Filem ini sangat jujur sehingga kita akan mengangguk tanda mengakui kebenarannya, walaupun pahit. Ajami Hashimhttp://www.blogger.com/profile/00986048833134484623noreply@blogger.com1