syazwan_zakariah@astro.com.my
Ustaz, kamulah 'bintang utama'
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang meneruskan kerancakan pembikinan filem berunsur Islam dalam budaya pop. Kemeriahan ini barangkali tercetus dari keghairahan negara jiran dalam menghasilkan naskhah-naskhah berbentuk sedemikian dan mendapat sambutan baik. Contoh paling lazim ialah Ayat-Ayat Cinta (2008).
Di Malaysia, dengan kelebihan modal dan kemudahan yang ada, David Teo dari MIG mengambil peluang memperbanyakkan filem bertema sama.
Walaupun cubaan pertamanya, Syukur 21 (2000) tidak membuahkan hasil, dia kemudian âmenemui rentakâ yang sesuai menerusi Syurga Cinta (2009), 7 Petala Cinta (2012) dan Dua Kalimah (2013), sekadar menyebut beberapa judul.
Sebenarnya sejak era studio Jalan Ampas lagi, banyak filem Melayu yang menerapkan unsur Islam, antaranya Semerah Padi (1956) dan Isi Neraka (1960).
Namun pada waktu itu, pola penulisannya berat dan serius kerana konteks dakwah itu sendiri yang dirasakan ârigidâ. Berbeza hari ini, dakwah disampaikan dalam pelbagai pendekatan yang lebih santai melalui kemunculan ramai penceramah yang terbuka, moden dan relevan dengan persekitaran semasa.
Salah seorang daripadanya ialah Ustaz Azhar Idrus. Namanya yang amat popular itu dijadikan tarikan utama dalam filem tulisan dan arahan Pierre Andre ini. Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang dicorakkan dalam gaya komedi seperti yang pernah dilakukan Aji Noh Motor (2012) arahan Razif Rashid.
Filem ini mengisahkan Dadu dan Muiz (lakonan Shahrol dan Ajak yang membentuk duo Shiro) yang tidak mempunyai misi dalam hidup. Tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Satu hari mereka didatangi sepupu Dadu, Hamzah (Along Eyzendy) yang telah berubah ke jalan Allah.
Hamzah yang menumpang tidur memperkenalkan mereka dengan Ustaz Azhar Idrus melalui cakera padat yang dibawa. Tertarik dengan gaya ustaz tersebut, mereka berniat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Dadu dan Muiz kemudian dihalau keluar rumah kerana tidak membayar sewa, lalu berkelana ke sebuah masjid dan berkenalan dengan jemaah dakwah. Mereka juga memasang hasrat untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus secara langsung.
Dalam perjalanan, mereka diuji dengan pelbagai kejadian termasuk dikaitkan dengan penjenayah serta golongan homoseksual sehingga dua kali masuk lokap.
Pierre mempunyai konsep yang menarik iaitu road movie yang membawa penonton âmengembaraâ bersama Dadu dan Muiz. Bukan saja secara zahiriah iaitu dari satu tempat ke satu tempat, tetapi juga perubahan spiritual mereka yang ingin berubah sebagai individu âbaruâ yang tidak meninggalkan solat.
Namun demikian, Pierre seakan meminggirkan pembinaan watak dan jalan cerita menyebabkan filem ini tidak lebih dari sekadar ceramah agama yang panjang. Gaya penulisannya tidak seperti sebuah cereka, sebaliknya lebih cenderung seperti Forum Perdana Ehwal Islam atau Al-Kuliyyah di kaca tv.
Dadu dan Muiz mempunyai sebab atau motivasi yang kuat untuk berubah. Mereka ditimpa kesusahan apabila dihalau keluar rumah sewa dan tiada wang. Saya ingin mempercayai apa yang Pierre olahkan itu.
Bagaimanapun, saya tidak merasakan perubahan holistik dua karakter ini. Gaya komedi yang ditampilkan membuatkan saya menganggap Dadu dan Muiz hanya mencari tempat persinggahan dan perlindungan. Mereka masih tiada arah tuju sebenar tentang masa depan dan seolah âmengikut-ikutâ saja jemaah dakwah.
Apabila Dadu dan Muiz menyatakan hasrat untuk bertemu Ustaz Azhar Idrus, mereka digambarkan menaiki motor kemudian berjalan kaki (kerana kehabisan minyak) tanpa destinasi yang spesifik, yakni tidak tahu lokasi ceramah atau waktu. Tindakan itu dirasakan kurang logik pada zaman berteknologi hari ini.
Pertembungan mereka dengan karakter-karakter lain sepanjang perjalanan pula, hanyalah untuk mengisi masa tayangan. Alangkah bagusnya jika setiap watak yang mereka temu atau sesuatu peristiwa itu dapat menambahkan iman atau pedoman mereka. Pierre tidak memberikan kaitan atau signifikan tersebut.
Manakala babak kemuncak, babak yang ditunggu-tunggu peminat Ustaz Azhar Idrus, tidak lebih dari sesi soal jawabnya bersama Dadu dan Muiz. Kemunculan Ustaz seperti terasing dari jalan cerita, apatah lagi dengan kerja kamera yang tidak ubah seperti program bual bicara di Astro Oasis.
Filem ini berakhir dengan babak pertemuan itu. Saya masih tertanya perubahan bagaimana yang dijalani Dadu dan Muiz kerana tidak ditunjukkan atau dinyatakan perbezaan hidup mereka dari awal cerita sehingga ke penghujung.
Justeru, saya menyimpulkan filem ini hanya mahu memanipulasikan populariti Ustaz Azhar Idrus dan syabas, sekurang-kurangnya Pierre berjaya memujuk pendakwah terkemuka itu untuk terlibat dalam budaya pop filem komersial.

No comments:
Post a Comment