Mengarut tetapi berkesan
Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)
Mengarut ialah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan idea filem Ted. Begitupun apabila kita menontonnya, kita tidak rasa diperbodohkan, terima kasih kepada kebijaksanaan Seth MacFarlane selaku penulis skrip dan pengarah yang mampu mengajak kita berfantasi bersamanya.
Ini merupakan filem cereka pertama arahan MacFarlane, pencetus ilham siri Family Guy (1999-2012) dan American Dad! (2005-2012). Dikenali dengan lawak-lawak bersahaja dan berisi (tetapi sedikit kotor dan kasar dalam standard budaya kita), dia meneruskan keupayaan itu menerusi Ted.
Ted mengisahkan John Bennett, seorang kanak-kanak yang tidak disukai rakan sebaya menerima patung beruang sebagai hadiah. Pada malam Krismas, dia berdoa agar patung itu dapat bercakap dan menjadi teman baiknya.
Doanya termakbul, Ted kemudian menjadi patung paling popular atas keajaiban itu. Dia bukan saja menjadi perhatian di Boston, tetapi media massa seluruh dunia, termasuk menjadi tetamu program bual bicara Johnny Carson.
Selepas 27 tahun, kelebihan Ted itu, bagaimanapun sudah menjadi lumrah bagi sesiapa saja. Menjalani kehidupan sama seperti manusia, dia masih menjadi kawan baik dan rakan serumah kepada John walaupun lelaki itu sudah berusia 35 tahun dan mempunyai teman wanita bernama Lori.
Rutin seperti menonton siri televisyen kegemaran, Flash Gordon (1980) dan melepak bersama-sama tetap dilakukan John dan Ted. Sehingga suatu hari, Lori meminta John agar menjadi lebih dewasa dan bertanggungjawab jika mereka mahu meneruskan perhubungan ke tahap yang lebih serius.
Di sinilah bermulanya dilema apabila John terpaksa meminta Ted berpindah rumah dan menjalani hidup sendirian. Ted dilihat sebagai ‘gangguan’ untuk John bertindak matang dan menjadi lelaki sebenar seperti yang diinginkan Lori.
Sepintas lalu, kisah seorang lelaki normal yang terpaksa berjauhan dengan patung beruangnya dirasakan cukup ganjil dan tidak masuk akal. Namun, dari awal hingga akhir, penonton akan mempercayai apa saja yang berlaku, menjadikan Ted sebagai naskhah komedi yang asli dan pintar.
Seperti mana kita mempercayai kewujudan Gollum dari trilogi The Lord of the Rings (2001-2003) dan Caesar dari Rise of the Planet of the Apes (2011), seperti itulah kita mempercayai kewujudan Ted. Ciptaan teknik animasi motion-capture ini sangat menyakinkan, ditambah suara sumbangan MacFarlene sendiri.
Apa yang menarik ialah ironi yang dicipta MacFarlane mengenai watak Ted iaitu sesuatu objek tidak bernyawa tetapi mempunyai kelakuan dan sifat-sifat manusia. Sama seperti John, Ted juga meningkat dewasa menerusi emosi, pemikiran, keinginan dan perbuatannya tanpa menunjukkan perubahan fizikal.
Beberapa babak mengusik perasaan saya, misalnya ketika Ted memujuk Lori agar kembali kepada John; juga babak John bertumbuk dengan Ted di bilik hotel. Kita lupa Ted sebenarnya hanya patung beruang, sebaliknya melihat dia sebagai seorang insan yang mahu kita sayangi atau benci kerana keceluparan mulutnya.
Kewujudan watak seorang bapa yang psiko dan anak lelakinya yang mahu menculik Ted sebagai subplot, terasa sedikit janggal pada permulaan. MacFarlane sengaja menambahkan lagi konflik, tidak cukup sekadar ‘cinta tiga segi’ di antara John, Ted dan Lori.
Namun demikian, ia berjaya menaikkan lagi momentum filem ini apabila terciptanya babak-babak suspen, juga sebenarnya menjadi penghubung kepada kesimpulan keseluruhan cerita.
Mark Wahlberg sebagai John adalah pilihan yang tepat kerana dia mempunyai fizikal yang tegap dan gagah, tetapi berupaya mempamerkan ‘vulnerability’ yang kuat di dalam. Pesona Wahlberg sebagai pelakon komedi sudah lama terbukti, misalnya dalam The Other Guys (2010) biarpun dia bukan seorang pelawak.
Gandingannya dengan Mila Kunis sebagai Lori juga mempunyai keserasian dan watak bapa psiko, Donny sememangnya sangat secocok dengan Giovanni Ribisi.
Kelucuan filem ini berada dalam kadar yang konsisten, selari dengan arus penceritaan yang baik. MacFarlane tahu ‘timing’ yang tepat untuk mengeluarkan jenaka serta mencipta dialog-dialog yang ringkas dan tajam, tetapi mungkin sedikit menyinggung kerana kelancangannya.
Itu memang ‘trademark’ MacFarlane yang sinonim dengan jenaka sarkastik dan lepas laku. Justeru, bergantung kepada keterbukaan anda, Ted pada saya antara naskhah komedi terbaik tahun ini.
Thursday, October 25, 2012
Thursday, October 18, 2012
AKU TERIMA NIKAHNYA (2012)
Ijab kabul yang tidak sempurna
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my
JIKA dinilai judul dan plot, Aku Terima Nikahnya ibarat salinan karbon daripada filem Hollywood, The Vow yang ditayangkan di pawagam Mac lalu. syazwan_zakariah@astro.com.my
Sebenarnya, tiada apa yang hendak dihairankan. Tabiat tiru-meniru bukanlah perkara asing dalam industri sinema dunia. Bollywood meniru Hollywood, Hollywood meniru sesama mereka, apatah lagi penggiat seni di rantau Asia.
Begitupun, mohon jangan keliru di antara teknik mengadaptasi atau mengambil inspirasi dengan menciplak. Terma-terma itu membawa maksud yang berlainan.
Di Malaysia, isu peniruan sudah sekian lama 'dipraktikkan' tanpa rasa berdosa. Mohon maaf jika saya silap tetapi seingat saya filem seperti Mr. Os (1987) dan Keluarga 99 (1987) juga pernah didakwa meniru karya komedi Hong Kong.
Berbeza dengan Hollywood, mereka mempunyai lebih integriti dan peruntukan yang besar untuk terus membeli hak cipta jika mahu membikin semula. Misalnya, The Ring (2002) yang diambil dari Jepun bertajuk Ringu (1998) dan The Departed (2006) yang dibeli dari filem Hong Kong, Infernal Affairs (2002).
Untuk berlaku adil, saya tidak akan membandingkan Aku Terima Nikahnya dengan The Vow, walaupun jalan ceritanya mempunyai persamaan yang ketara. Dengan sedikit perbezaan yang ada, penerbit, penulis skrip dan pengarah boleh mempertahankan hak mereka dan mengatakannya sebagai naskhah asli.
Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) merupakan pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Rumah tangga mereka diuji apabila Johan dilanggar kereta semasa berjogging menyebabkan dia hilang daya ingatan.
Johan menghidap selective amnesia iaitu dia hanya dapat mengingati perkara yang berlaku dua tahun sebelum kemalangan terjadi. Ini bermakna dia tidak mengenali siapa Arlisa malah sukar menerima hakikat dia sudah beristeri.
Masalah di dalam filem ini ialah saya tidak tahu mengapa Johan marah-marah dan begitu membenci Arlisa. Benar, dia keliru kerana Arlisa 'tiba-tiba' wujud dalam hidupnya namun itu sajakah alasan terbaik untuk dia menjadi seorang pemberontak dan suami yang bengis?
Karakter Johan sepatutnya disokong dengan latar cerita yang kukuh. Sebagai contoh, mungkin dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa, dia mempunyai kekasih lain. Oleh yang demikian, barulah wujud konflik sebenar mengapa Johan bingung dan tertanya-tanya siapa Arlisa dalam hidupnya.
Bukan itu saja, Johan tidak mencuba langsung untuk mengingati detik-detik terdahulu, seperti mencari semula gambar-gambar lama atau menghubungi rakan-rakan baik untuk membantu menceritakan apa yang telah terjadi.
Malah pekerjaan Johan juga kabur. Adakah dia pelukis sepenuh masa atau mempunyai profesion lain? Mengapa dia tidak cuba untuk menjalani kehidupan lamanya agar dia mengingati semula apa yang pernah dia lakukan?
Memang ada ditunjukkan babak Johan melukis potret-potret Arlisa tetapi itu sajakah usahanya untuk mendapatkan semula kehidupan yang hilang? Dia dilihat hanya menghabiskan masa duduk di rumah seolah-olah 'menunggu' ingatannya pulih sendiri seperti sediakala.
Karakternya digambarkan sebagai lelaki yang dangkal dan lemah walaupun secara luaran asyik membentak-bentak dan berkelakuan kasar.
Dia mengenepikan Arlisa mentah-mentah sehingga menimbulkan keanehan. Mengapa setiap perbuatan isterinya dibenci, termasuk kemanjaan seorang wanita yang sah di sisinya (dan secantik Nora Danish) juga ditolak bulat-bulat?
Dalam filem ini, ya, Johan menolak atas alasan belum bersedia dan tidak selesa. Tetapi mengapa? Dia tidak punya kekasih lama untuk berasa curang malah dia juga tidak merapati wanita lain, kecuali Suria, rakan baik Arlisa. Itu pun Johan akui dia sekadar mahu berkawan.
Atau adakah dalam kehidupan lampaunya, Johan seorang homoseksual? Saya mula bermain dengan pelbagai teori kerana tidak dijelaskan sebab-musababnya. Saya menjadi lebih keliru daripada Johan!
Kemunculan pelakon-pelakon pembantu seperti ibu bapa Johan dan Arlisa; serta rakan baik mereka, tidak menyokong apa-apa dari aspek pembinaan watak. Mereka sekadar ada di situ untuk mengisi masa tayangan dengan dialog berulang-ulang seperti "bersabarlah" atau "kau ceraikan saja jika tidak suka".
Inilah kelemahan paling besar dalam Aku Terima Nikahnya. Pembinaan karakter tidak dipedulikan sebaliknya penulis dan pengarah hanya memberi fokus kepada babak-babak melankolik yang memaksa penonton untuk menangis dan berasa kasihan sedangkan saya marah dan kecewa dengan plot yang kabur.
Jika ada simpati pun, saya ingin tujukan kepada Adi dan Nora kerana saya tahu mereka pelakon berbakat. Saya pasti dedikasi mereka untuk filem ini tidak berbelah bagi namun sayangnya tidak kesampaian.
Filem ini disudahkan dengan pengakhiran yang menggembirakan ala Hindustan. Bukan bermaksud saya menginginkan penamat yang kompleks atau kesedihan tetapi tiada kematangan dalam penceritaan. Penulis skrip mengambil jalan mudah apabila menggunakan takdir sekali lagi sebagai jalan penyelesaian.
Aku Terima Nikahnya mempunyai banyak lubang kelemahan. Ia ibarat sebuah majlis ijab kabul yang meriah (merujuk gandingan hero dan heroin popular; serta kutipan tiket yang baik) tetapi tidak sempurna kerana isinya kosong.
HANTU KAPCAI (2012)
Komedi yang patut diambil serius
Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)
Hantu Kapcai merupakan sebuah lagi naskhah komedi seram yang menyertai barisan filem menggunakan judul ‘hantu’, antaranya Hantu Air (2012), Hantu Gangster (2012), Hantu Dalam Botol Kicap (2012), Hantu Bonceng (2011) dan Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010).
Judul sedemikian bukan saja mudah untuk difahami dan memberi bayangan tentang keseluruhan cerita, malah mampu menarik golongan penonton sasaran ke pawagam. Rata-rata filem tadi meraih kutipan yang memberangsangkan, mencetuskan minat penerbit dan pengarah untuk terus membikinnya.
Hantu Kapcai merupakan ‘anak sulung’ kepada pengarah Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini aktif mengarah telefilem, drama bersiri dan video muzik. Ia juga menjadi produk pertama Showbiz Productions, anak syarikat KRU Studios.
Zizan Razak menggalas peranan Ajib, mat rempit yang menjadi harapan ibu (Dian P. Ramlee) dan adiknya, Akim (Hairul Azreen) untuk menyara keluarga.
Suatu malam, dia kemalangan semasa berlumba dengan Greng (Izzue Islam) dan meninggal dunia. Rohnya yang tidak aman berkeliaran, cuba mencari keadilan dalam masa 40 hari. Dia tahu kemalangannya dirancang oleh Tiger (Remy Ishak).
Dengan bantuan Ibrahim (Fizz Fairuz) yang mampu melihat rohnya, Ajib meminta Akim untuk menebus maruah mereka. Akim yang selama ini tidak gemar merempit terpaksa menunaikan permintaan itu, sekaligus melunaskan hutang keluarga yang ditinggalkan Ajib menerusi hadiah kemenangan berlumba.
Hantu Kapcai menawarkan sebuah tema yang sangat biasa dan premis yang boleh dijangka. Namun, ada sesuatu yang membezakannya dari lambakan filem komedi seram terbitan David Teo, sekurang-kurangnya dari aspek pelaksanaan.
Hantu Kapcai adalah filem komedi yang patut diambil serius. Bukan bermaksud ia karya berat, tetapi bagaimana pembikinnya mengambil berat soal penceritaan dan pembinaan watak. Ia tidak memperlekeh-lekehkan minda penonton, walaupun jalan ceritanya berkemungkinan menyentuh sensitiviti agama.
Ghaz yang turut bertindak sebagai penulis skrip menghasilkan dialog-dialog bersahaja dan tidak menjengkelkan. Ini penting untuk naskhah komedi kerana penonton sepatutnya ketawa, bukan mencebik kerana terasa diperbodohkan.
Dia tahu menyusun babak demi babak dan mengembangkan cerita dengan meletakkan elemen-elemen ‘curiosity’ agar penonton terus melekat di kerusi.
Meskipun terdapat beberapa konotasi seksual secara senyap (misalnya Akim yang suka baca majalah Mangga, Tiger yang suka makan pisang sehingga bajunya juga bergambar pisang, serta babak mengurut dalam penjara), ia tidak dilihat kotor, sebaliknya sejenis humor yang gelap dan pintar, yang tidak menyinggung.
Memang jalan ceritanya tidak masuk akal dan soal logik adalah perkara yang tidak patut diperdebat dalam karya fiksyen. Bagaimanapun, sukar untuk kita mencari pembikin filem tempatan yang mampu membuatkan penonton percaya dengan segala fantasi mereka. Ghaz adalah salah seorang pengarah yang mampu.
Kesan khas yang digunakan agak minimal seperti kedatangan Ajib dalam bentuk cahaya. Namun, dalam beberapa babak dirasakan tidak perlu kerana ia kelihatan seperti grafik amatur, misalnya animasi anak tekak dan spesifikasi enjin.
Tidak banyak yang boleh diulas mengenai lakonan Zizan. Bukan dia tidak bagus atau bersungguh-sungguh, tetapi dia sekadar meneruskan pola lakonan serupa yang pernah kita saksikan dalam filem-filemnya sebelum ini.
Bagaimanapun, saya suka dengan penampilan Ajib yang berjaket merah ibarat satu ‘homage’ kepada imej hantu Michael Jackson dalam video muzik Thriller.
Di sebalik kisah Ajib, Hantu Kapcai sebenarnya adalah cerita mengenai Akim. Bagaimana dari seorang yang dianggap lembik (bekerja di kedai bunga dengan motor yang juga berhias cetakan bunga-bungaan), bertukar menjadi wira pada akhirnya. Hairul memberikan justifikasi yang sederhana untuk watak ini.
Barangkali ada penonton yang akan terperanjat atau sedikit terganggu dengan babak roh Akim bertemu roh Ajib yang memakai jubah dalam suasana serba putih seperti dalam awan gemawan.
Namun, anggap saja itu suatu babak mimpi seperti mana yang pernah dibayangkan Aziz M. Osman ketika ‘semangat’ Seri yang koma dan roh Dewi berbalah dalam Seri Dewi Malam (2001); atau bayangan Bade Hj. Azmi tentang siksaan neraka dalam Maut (2009).
Sementara itu, Fizz sangat ‘menjadi’ sebagai bekas mat rempit yang sudah insaf dan ingin menjadi peserta program realiti Imam Muda. Kesederhanaan permainannya, bahasa tubuh dan percakapannya yang selamba membuatkan penonton juga secara automatik menyenangi karakter Ibrahim.
Hantu Kapcai bukanlah sebuah filem yang tidak mempunyai kelemahan. Begitupun, kerana sifatnya semata-mata untuk menghiburkan, saya kira misi itu tercapai. Dan sekurang-kurangnya, skor muzik filem ini tidak berbunyi ‘generic’ dan diulang-ulang seperti dalam filem-filem MIG.
HANTU KAPCAI sedang ditayangkan di ASTRO FIRST

Thursday, October 11, 2012
UNTUK TIGA HARI (2012)
Kekal ciri Afdlin Shauki
Oleh Syazwan Zakariah
(syazwan_zakariah@astro.com.my)
Untuk Tiga Hari menjadi filem kesebelas arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan di pawagam. Kali terakhir ialah filem komedi kerjasama Thailand, Berani Punya Budak pada April lalu.
Lazimnya kita dipertontonkan dengan filem-filem ilham Afdlin sendiri, antaranya Buli (2004), Papadom (2009) dan Misteri Jalan Lama (2011). Namun kali ini dia menggalas cabaran yang berbeza apabila mengerjakan naskhah adaptasi novel popular.
Astro Shaw dan Tarantella Pictures sekali lagi merintis penghasilan filem-filem dari novel selepas Legenda Budak Setan (2010) tulisan asal Ahadiat Akashah dan Ombak Rindu (2011) nukilan Fauziah Ashari.
Untuk Tiga Hari adalah sebuah lagi karya Ahadiat, tetapi Afdlin bertindak sebagai penulis lakon layar untuk menyesuaikannya dengan bahasa filem dan durasi dua jam. Justeru, nuansa sentimental dan tragikal seperti dalam novel barangkali berubah apabila diambil alih oleh Afdlin.
Affin dan Ujie yang sudah bercinta selama 15 tahun terpaksa berkahwin dengan jodoh pilihan keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi Affin yang mana hidupnya ditentukan ibu sejak kecil.
Demi memuaskan hati keluarga, Affin memutuskan agar mengikut apa saja yang dirancang, tetapi dengan syarat. Mereka harus bercerai dengan pasangan masing-masing selepas tiga hari bernikah. Affin yakin dapat mengahwini Ujie selepas itu kerana sekurang-kurangnya telah menunaikan hasrat ibu.
Menolak kontroversi yang sedang tercetus (pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran diminta rujuk status perkahwinan kerana dialog dalam filem ini), saya merasakan Untuk Tiga Hari mempunyai premis yang menarik. Manusia cuba mempermain-mainkan jodoh milik Tuhan dan menerima implikasinya.
Saya tidak berkesempatan membaca novelnya, tetapi di tangan Afdlin, Untuk Tiga Hari menjadi sebuah filem yang mempunyai sisi komedi yang kuat meskipun berdepan subjek yang berat. Afdlin mengekalkan ‘ciri-ciri lazimnya’ menerusi stail skrip yang bersahaja, mengimbangi antara drama dan humor.
Afdlin menjadikan filem ini seperti satu kursus perkahwinan apabila babak pembukaan, penutup dan beberapa babak di pertengahan menampilkan seorang ustaz yang sedang berceramah tentang hukum-hakam berumah tangga.
Kerana sifat novel yang tebal, Afdlin meletakkan beberapa adegan imbas kembali untuk menceritakan latar belakang dan sejarah watak-watak penting. Afdlin tahu cara yang sesuai untuk menyusun perjalanan cerita agar setiap plot dirungkai dengan jelas dan penonton tidak akan tertanya-tanya.
Filem ini bermula dengan satu keterujaan. Penonton seronok menyaksikan bagaimana Affin dan Ujie bertarung ‘melawan’ ketentuan akibat berpegang pada janji; serta bagaimana mereka saling mengelak untuk disentuh pasangan masing-masing dan saling membalas mesej di telefon secara sembunyi.
Menginjak ke pertengahan, saya merasakan momentum keseronokan itu mula berkurangan kerana isi yang mendatar. Peristiwa ‘hari kedua’ dirasakan terlalu panjang, ‘ditarik’ semata-mata untuk memenuhi durasi.
Ketika ini, penonton sudah dapat menangkap idea yang ingin disampaikan dan apa yang ingin diketahui seterusnya ialah jadi atau tidak Affin dan Ujie bercerai dengan pasangan masing-masing. Afdlin cuba memenuhi ruang di tengah-tengah dengan komedi, tetapi dirasakan sedikit ‘draggy’.
Begitupun, graf cerita kembali memuncak menjelang ke penghujung. Affin berdepan tekanan apabila mengetahui rahsia ibunya, tentang Ujie yang berubah fikiran, juga kesilapan Affin apabila menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya.
Keserasian di antara Vanidah dan Afdlin sebagai suami isteri pernah disaksikan menerusi filem Sepi (2008) arahan Kabir Bhatia. Mempunyai julat emosi tinggi rendah yang sama, keberkesanan lakonan terhasil secara semulajadi.
Sebaliknya berlaku pada lakonan Rashidi dan Ayu Raudhah yang dirasakan agak terasing. Saya tidak pasti sama ada ia disengajakan kerana tuntutan karakter, atau pasangan pelakon yang tersalah padanan.
Menyentuh tentang pemilihan pelakon, saya tidak mahu menidakkan bakat Zizan Nin dan Dira Abu Bakar. Umum tahu mereka berkebolehan. Cuma saya merasakan Zizan terlalu berusia untuk melunaskan watak Affin semasa remaja. Begitu juga dengan Dira yang dilihat matang untuk karakter gadis 17 tahun.
Di sebalik kelemahan-kelemahan kecil itu, Untuk Tiga Hari masih mempunyai ‘weight’ dan kejituan sebagai sebuah filem.
Biarpun menyelitkan beberapa elemen ala Hindustan dan Hollywood (contoh jenaka Affin yang mudah sakit pinggang, juga romantika suami Ujie yang tiba-tiba menyanyi secara acapella), filem ini masih sebuah drama serius yang mengajak penonton berfikir tentang takdir dan ketentuan.
UNTUK TIGA HARI sedang ditayangkan di ASTRO FIRST

Thursday, October 4, 2012
LOOPER (2012)
Looper digarap cemerlang
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my
syazwan_zakariah@astro.com.my
Filem tulisan dan arahan Rian Johnson (Brick, 2005) ini adalah sebuah lagi contoh naskhah sains fiksyen yang melangkaui realiti, tetapi dengan kreativiti, penonton dapat mempercayai dan menerimanya bulat-bulat. Asli dan memprovokasi pemikiran, ia dilaksanakan dengan cemerlang.
Joe ialah seorang pembunuh upahan atau dipanggil 'looper' yang bekerja dengan mafia pada tahun 2044. Pada 30 tahun akan datang, mesin masa telah dicipta dan digunakan oleh geng mafia ini untuk menghapuskan musuh mereka.
'Looper' bertanggungjawab membunuh sesiapa saja yang dihantar menerusi mesin masa. Mangsa diikat dan disarungkan kain pada wajahnya dengan tujuan menyembunyikan identiti. Sehinggalah suatu hari, Joe ditugaskan untuk membunuh dirinya sendiri yang dibawa dari masa depan.
Ketua mafia pada masa depan yang hanya dikenali sebagai Rain Maker ingin menghapuskan kesemua 'looper'. Justeru, Joe versi tua dan versi muda harus bekerjasama untuk mencari Rain Maker yang ketika itu masih seorang kanak-kanak. Budak lelaki itu mesti dibunuh agar sejarah dapat diubah.
Anda mungkin keliru apabila membaca sinopsis ini dan barangkali terpinga-pinga juga semasa menyaksikan filemnya. Namun, kebijaksaan Johnson 'bercerita' membuatkan penonton terpaku kerana diusik naluri ingin tahu bagaimana, kenapa dan apa yang akan terjadi.
Dengan skrip yang kompleks, Looper terdedah kepada banyak lubang kelemahan. Tetapi, di sinilah kekuatan Johnson dalam menyambungkan setiap titik yang diciptanya sendiri agar tidak tersasar atau tergantung.
Dia tahu menjalinkan setiap karakter dengan peristiwa dan latar masa, membuatkan segalanya bergerak teratur. Dia juga membenarkan pembinaan watak berlaku secara organik dengan menyuntik sifat-sifat insani. Walaupun Looper adalah kisah masa depan, ketertiban dan semangat manusia masih sama.
Plot filem ini dibangunkan dengan baik dan begitu berhati-hati, sehingga mungkin terasa sedikit mendatar di pertengahan. Segala perincian harus dijelaskan, tetapi ia tidak lama sebelum adrenalin memuncak semula.
Johnson memahami filem aksi tidak semestinya harus ada letupan dalam setiap sepuluh minit. Sedang kita cuba menghadam konsep pengembaraan masa, dia turut menampilkan elemen thriller menerusi individu berkuasa telekinetik. Ini menambah nilai kepada penceritaan yang menakjubkan dan memeranjatkan.
Seperti Inception ilham genius Christopher Nolan (The Dark Knight Rises, 2012), Looper juga membuatkan penonton tidak boleh mengagak babak-babak seterusnya kerana ia penuh dengan 'twists and turns'.
Selain penulisan dan pengarahan yang baik, Looper didokong oleh persembahan hebat para pemainnya. Joseph Gordon-Levitt sebagai Joe versi muda terpaksa memakai prostetik dan solekan tebal untuk menyamakan ciri-ciri wajahnya dengan Bruce Willis sebagai Joe versi tua.
Di sebalik mekap itu, Gordon-Levitt memberikan lakonan yang stabil, mengadaptasi bahasa tubuh dan gaya percakapan Willis dengan berkesan. Aktor muda ini tampil berkeyakinan membawa peranan multi-dimensi, di antara seorang pembunuh kejam dengan lelaki biasa yang berada di persimpangan.
Bruce Willis tidak menghampakan. Sekurang-kurangnya, tidak terlalu klise Hollywood seperti siri filem Die Hard (1998-2007). Keserasiannya dengan Gordon-Levitt yang menjadi individu serupa pada usia berbeza, tercetus dengan baik, terutamanya pada babak dalam restoran ketika masing-masing bersemuka.
Emily Blunt ialah 'femme fatale' dalam filem ini. Kemurniannya di sebalik ketegasan dan cara dia memegang senapang mahupun kapak dilakonkan dengan sangat baik. Jika dilihat dari satu lapis, peranannya seperti seorang mangsa, tetapi di pengakhiran, dia adalah srikandi dan 'survivor' pada masa sama.
Selain tiga bintang gred-A ini, perhatikan persembahan pelakon cilik, Pierce Gagnon yang membawakan watak paling penting. Biarpun kemunculannya hanya setengah jam sebelum filem tamat, tetapi memberi impak yang besar.
Looper adalah contoh terbaik bahawa Hollywood masih belum kering idea. Ia tidak takut untuk mempermain-mainkan minda penonton dalam cara yang pintar. Akal penonton yang ligat mencantumkan 'permainan' yang ditunjukkan akhirnya mendapat penamat yang fantastik dan memuaskan.
Filem ini bagaikan satu tamparan kesedaran kepada studio-studio besar yang semakin ghairah menerbit filem bikin semula, atau sekuel dan prekuel, atau adaptasi komik dan novel. Dunia memerlukan lebih ramai Rian Johnson.
Subscribe to:
Posts (Atom)